Bila sebut nafkah, masih ramai lelaki di luar sana yang mengambil mudah seolah-olah ia sesuatu perkara yang biasa meskipun menjadi tuntutan agama.
Baru-baru ini, seorang peguam yang dijemput ke Wanita Hari Ini telah memberikan sedikit nasihat deep kepada semua lelaki yang bergelar bapa di luar sana.
Menerusi video berdurasi 1 minit itu, peguam berkenaan berkata walau apa pun yang berlaku di antara suami dan isteri, tanggungjawab terhadap anak-anak haruslah tetap dilakukan seperti biasa.
“Apa juga yang berlaku, Allah tu tetap ada dan setiap perbuatan kamu akan dipersoalkan di akhirat kelak.
“Tanggungjawab untuk nafkah ni sangat tinggi dan saya pesan kepada tuan-tuan di luar sana. Kamu jadi je seorang bapa, bukan senang-senang je tinggalkan anak dan lupakan anak tersebut.
“Tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan dan paling utama kenapa kita dapat kewalian seorang bapa ni adalah untuk mendidik anak-anak,” katanya.
Apa yang membuatkan ramai tersentak lagi berikutan pesanannya yang mengatakan perintah nafkah ini tersangatlah berat di mana meskipun pernah atau tidak menerima perintah mahkamah, para bapa sudah diperintahkan oleh Allah S.W.T terlebih dahulu agar menyediakan segala keperluan asas untuk anak masing-masing.
“Sebelum ada perintah mahkamah, dah ada perintah Allah S.W.T…,” pesanan pedas yang menjadi perhatian ramai.
@whitv3malaysia_official Deep betul pesanan dari Tuan Hafiz lawyer ni! Yg dekat luar sana tolong dengar & hadam dengan teliti ☝🏽#whitv3 #fyp #tv3malaysia #fypシ #bapa #nafkah #cerai @Tuan Hafiz Roslan
Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen sangat tersentuh dengan titipan nasihat dan pesanan yang dilontarkan oleh panel jemputan itu.


Sementara di kalangan wanita juga ada yang meluahkan rasa sedih apabila ada bekas suami yang memandang remeh hal nafkah walaupun ianya satu tuntutan di dalam agama.
Lebih menyedihkan lagi, ada yang masih bersama tetapi langsung tidak menerima sebarang nafkah setakat ini.