Islam menekankan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah terhadap isteri bukan sahaja sepanjang tempoh perkahwinan, bahkan pensyariatan ini berjalan dan dilaksanakan selepas terjadinya perceraian.

Bagaimanapun, masih ada lagi lelaki di luar sana yang mengabaikan perkara tersebut sehingga menganaiaya anak dan isterinya selepas penceraian mereka.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai sudah bercerai hanya menerima wang nafkah sejumlah 3 sen dari bekas suaminya dengan maklumat transaksi tertera ‘Nafkah Nakyla December 2024’ padanya.

Walaupun dilayan sebegitu rupa, wanita itu mengganggap usaha bekas suaminya yang mahu menyakitinya hanyalah sia-sia.

Bagi dirinya, rezeki dari Allah S.W.T itu luas dan mempercayai doa orang yang dizalimi akan sentiasa didengari oleh Sang Pencipta tanpa sebarang halangan.

@cheeksiti

♬ WILDFLOWER – 𝐸𝐼𝐿𝐼𝑆𝐻♥︎

Video yang dimuat naik itu telah dikongsi secara meluas di pelbagai media sosial dan majoriti netizen meluahkan rasa geram dengan si bekas suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab dan berlaku adil terhadap bekas keluarganya.

Ramai mendoakan agar wanita itu akan terus cekal membesarkan anak perempuannya dan dimurahkan rezeki di dalam kehidupan.

Wanita Kongsi Hanya Terima Nafkah 3 Sen Dari Bekas Suami Bikin Ramai Panas Hati
Sumber Gambar: TikTok
Wanita Kongsi Hanya Terima Nafkah 3 Sen Dari Bekas Suami Bikin Ramai Panas Hati
Sumber Gambar: TikTok

Tidak kurang juga ada yang berharap si bekas suami akan dikenakan balasan yang setimpal dari Sang Pencipta kerana menganaiya bekas isteri dan anaknya sendiri.