Kisah lelaki beri nafkah 3 sen menjadi tajuk sensasi pada beberapa hari lepas hantaran bekas isterinya dikongsi secara meluas.

Susulan dikecam teruk ekoran cerita sebelah pihak sahaja, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun TikTok ayahnayla yang juga dikenali sebagai lelaki beri nafkah 3 sen tampil memberi penjelasan yang dirinya telah difitnah oleh bekas isteri.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dalam mempertahankan diri, dia memuat naik beberapa tangkap layar perbualan bersama bekas isteri mengenai anak perempuan mereka.

Bekas suami turut membangkitkan beberapa isu yang dia merasakan kurang bersetuju dengan tindakan bekas isterinya termasuklah menghinanya dengan mendakwa memberikan nafkah sebanyak 3 sen kepada anak.

Tambahnya lagi, tuntutan nafkah dibuat bekas isteri bukan kerana dia tidak membuat sebarang pembayaran tetapi lebih kepada tidak mencukupi menurut wanita itu.

“Tuntutan nafkah yang dibuat bekas isteri bukan kerana saya tidak membayar tapi kerana tidak mencukupi.

“Kelengkapan lain saya belanja sendiri tidak usik RM300 diberikan kerana saya telah meletakkan syarat saya sendiri pergi beli bersama anak untuk membentuk authority,” tulisnya.

Dia juga mendakwa telah mencarum insurans pada setiap bulan serta ada simpanan hibah dan tabung pendidikan untuk anaknya.

“Saya bukan bapa tidak guna”, tegasnya.

Dalam pada itu, dia juga menyediakan bekalan kepada anaknya setiap kali berjumpa. Difahamkan dia turut akan berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk bertemu Nayla pada setiap minggu kecuali waktu terpaksa ke luar negara demi urusan kerja.

Dia juga dihalang berkomunikasi dengan anaknya meskipun telah membayarkan bil telefon bekas isterinya.

Di pengakhiran hantaran, dia mendakwa bekas isterinya sengaja menfitnah berkaitan ketidakhadiran ke mahkamah erana