Kes langgar SOP. Mengapa terdapat individu yang dikenakan saman direct dan tetapi terdapat individu yang perlu menunggu kertas siasatan dibuka?

Yang pertama, ‘saman’ yang dikenakan tu bukannya saman tetapi ia adalah kompaun. Bezanya, kompaun boleh dibayar sebelum masuk mahkamah. Saman pula, perlu masuk mahkamah untuk bayar.

Maka, mengapa terdapat individu dikenakan kompaun direct di tempat kejadian dan kenapa ada individu yang kena tunggu kertas siasatan dibuka? Adakah sebab pilih bulu?

Tidak, kerana individu yang dikenakan kompaun direct ini adalah orang yang melakukan pelanggaran SOP di hadapan penguatkuasa. Manakala individu yang dibuka kertas siasatan pula mereka melakukan pelanggaran SOP bukan di hadapan pihak penguatkuasa.

kompaun-pegawai-sop-bernama-170321-1
Gambar sekadar contoh. Sumber: Malaysia News

Contohnya, tidak memakai pelitup muka sewaktu masa pergi kedai dan kemudian dikesan pegawai polis atau pegawai kesihatan. Individu tersebut bakal dikenakan kompaun sebanyak maksimum RM10,000.

Sekiranya melakukan majlis perkahwinan tidak mengikut SOP namun tidak terdapat seorang pun pegawai polis atau kesihatan yang ke datang majlis tersebut maka tidak dikenakan kompaun direct.

Kalaulah masa tengah majlis tu ada pegawai polis atau kesihatan ambush atau tak sengaja lalu atau mereka menerima laporan dari orang awam yang datang ke majlis tersebut, barulah mereka boleh kenakan kompaun secara direct.

Pokok pangkalnya, sekiranya ada pegawai polis atau kesihatan nampak depan mata terdapat individu melanggar SOP maka mereka boleh kenakan kompaun secara terus.

Sekiranya mereka tidak nampak atau tidak ada di tempat kejadian, maka orang awam boleh menelefon pihak polis untuk mendatangkan mengenakan kompaun. Contohnya seperti menelefon pihak polis untuk segera datang ke tempat kejadian berikutan terdapat artis menjalankan majlis perkahwinan tidak mengikut SOP. Lalu pihak polis pun datang bagi mengenakan kompaun kepada penganjur majlis.

Kalau majlis sudah selesai dan gambar tak jaga SOP pun tersebar, apa yang boleh dilakukan?
1092901
gambar sekadar contoh

Kita sebagai orang awam boleh membuat aduan kepada pihak polis agar pihak polis menjalankan siasatan. Situasi seperti ini yang memerlukan pihak polis membuka kertas siasatan. Polis perlu memanggil pihak penganjur dan perlu  tentukan golongan ini melanggar SOP yang mana, siapa yang terbabit, individu yang bertanggungjawab dan sebagainya

Mudah cerita, kalau pelanggaran SOP tu sudah pun berlaku, barulah polis boleh membuat kertas siasatan. Bukan senang-senang nak saman jika tiada bukti kukuh. Hal ini kerana, pihak penguatkuasa tidak berada sewaktu tempat kejadian maka perlu diteliti dengan lebih lanjut

Selagi tiada laporan polis, selagi itulah pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab tu jika kita nampak terdapat individu tidak menjaga SOP, terus panggil polis. Kalau majlis dah selesai pula, terpaksalah kita buat report polis.

Sebagai tambahan, anggota polis yang boleh bagi kompaun ni adalah anggota polis berpangkat inspektor ke atas sahaja. Bawah daripada tu, tak boleh. Kalau kena kompaun dengan pegawai rendah daripada inspektor, kompaun tersebut dikira tidak sah dan individu tersebut tidak akan dikompaun atau disaman di mahkamah.

Maka, jelaslah mengapa terdapat individu yang dikenakan saman direct dan ada individu yang perlu menunggu kertas siasatan dibuka? Sekali lagi diulang, beza antara dua kes itu adalah yang direct sebab penguatkuasa nampak manakala yang tak direct sebab penguatkuasa tidak nampak.

Pernah mengajar netizen cara-cara merentas negeri untuk bulan madu, pasangan instafamous ini telah didenda dan dikenakan penjara selepas didapati bersalah.

‘Kantoi’ Guna Alasan Kerja Untuk Bulan Madu, Pasangan Instafamous Dikenakan Denda Dan Dipenjara

Selamba Promosi Perjudian Sempena Aidilfitri, Iklan Syarikat Judi Ini Buat Netizen Bengang