Jumaat lalu, Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38 dilaporkan terpaksa memohon dana awam atau crowdfunding bagi membayar jumlah ikat jamin yang agak tinggi dikenakan terhadap mereka.

Berdasarkan laporan terkini Harian Metro, peguam mereka, R Sivaraj berkata, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM40,000 setakat pagi tadi.

Siti Nuramira dan Alexander yang masing-masing dikenakan ikat jamin RM20,000 berada di Penjara Satelit Beranang serta Kuala Kubu Bharu selepas gagal membayar jumlah jaminan, minggu lalu.

“Saya bersama penjamin kepada Siti Nuramira datang ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk membayar ikat jamin. Pada masa sama, rakan peguam saya pula bersama penjamin Alexander Navin ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan sama.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat pastikan bila anak guam akan dibebaskan kerana ia akan memakan sedikit masa bergantung kepada prosedur mahkamah.

“Berdasarkan pengalaman jika melepasi waktu dan berkaitan isu pengangkutan, ia akan mengambil masa untuk dilepaskan,” katanya kepada pihak Harian Metro.

Sivaraj berkata, kedua-dua anak guamnya dijangka dibebaskan selewat-lewatnya esok.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyumbang bagi membantu membayar ikat jamin pasangan itu dan sebarang sumbangan tambahan akan dipulangkan kepada penyumbang.

Nuramira dan Alex sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan kepada mereka. Baca lagi pada pautan di bawah.

Mengaku Tidak Bersalah, Wanita Persenda Agama Islam Berdepan Hukuman Penjara Sehingga 5 Tahun

Beri Rokok Buat Jemaah Masjid, ‘Sedekah Jumaat’ Lelaki Ini Undang Pertikaian Netizen

Persatuan Kongsi Realiti Lebih 50% Pengusaha Stesen Minyak ‘Tenat’ Walaupun Harga RON97 Meningkat

Sumber