Seorang peguam mengulas tentang isu ulat parkir yang meminta bayaran daripada orang awam.

Lebih mengecewakan apabila peguam tersebut membaca komen segelintir netizen yang menyokong tindakan ulat  parkir.

Menurut peguam tersebut, isu ulat parkir ini memang sudah lama. Malah ada yang terpaksa membayar kerana risau kenderaan mereka dirosakkan atau dicalarkan.

Dalam satu video yang tular, seorang lelaki enggan membayar ulat parkir. Dan kemudian ulat parkir itu dengan wajah marah meminta lelaki itu berlalu sahaja kalau tak nak bayar.

@abg.is78

♬ original sound – RIDZUAN – RIDZUAN

Lelaki itu mempersoalkan apa hak mereka mahu meminta bayaran?

Perkara itu segera mendapat perhatian seorang peguam.

“Mereka ini kadangkala ibarat sindiket, mereka akan cuba rosakkan atau calarkan kereta kita. Atau panggil kawan kawan dia rompak kereta kita,” tegasnya lagi.

Dia melihat ulat parkir ini sudah menjadi semakin membarah. Walaupun isu ini sudah berlarutan sejak dulu lagi, namun sekarang semakin ramai golongan muda yang ambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.

Ianya dengan meminta bayaran daripada orang awam, sedangkan mereka tidak ada hak, memandangkan parkir tersebut bukan milik mereka. Atau bukan tapak yang mereka sewa.

Cukup hanya dengan cetak resit dan letak nama syarikat di atas resit tersebut lalu mengenakan bayaran RM5 ke RM10 kepada orang ramai.

Kemudian peguam tersebut menanggapi komen netizen yang menyatakan bahawa: ‘Bukan mahal sangat dua tiga ringgit, sedekahkan sahaja’.

Menurutnya ada banyak cara lain untuk bersedekah, bukannya dengan cara memberikan wang kepada sindiket.

“Ini adalah perkara yang bangang, ada banyak cara bersedekah seperti menderma kepada tabung amal Palestin, berzakat, bersedekah kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan.

“Bukannya bersedekah kepada mereka yang buat kerja haram,  mengambil parkir untuk orang awam. Mereka ini berlagak gangster, kalau kita tak nak bayar, dia pula tarik muka seperti kita ada buat salah.

“Padahal, mereka tiada hak  ke atas parkir itu,” tambah dia lagi.