Seperti ramai sedia maklum, agama Islam sememangnya mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Malah, agama Islam turut memberi amaran keras buat mereka yang terlibat dalam urusan melibatkan riba.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjawab sebuah lagi persoalan yang sering membelenggu orang ramai khususnya warga Muslim dalam negara melibatkan hukum pekerja Islam yang bekerja di bank konvesional.

Menurutnya, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba. Oleh yang demikian, para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank konvesional perlu berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

Difahamkan mereka yang terlibat dengan bank konvesional dibahagikan kepada dua kategori iaitu bekerja secara langsung dengan transaksi riba yang mana hukumnya haram seperti pegawai pemasaran, penganalisis kredit, pegawai akaun, bahagian admin kredit, bahagian kaunter dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pekerja yang bekerja di bank konvesional namun tidak terlibat secara terus seperti pegawai keselamatan, tukang bersih dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan urusan melibatkan riba, mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan mereka yang terlibat dengan bank konvesional agar berusaha sebaik mungkin agar mencari pekerjaan halal yang lain. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjelasan mufti boleh klik di sini.

Sumber