Apabila hantar kereta ke kedai, pasti pekerja akan test drive terlebih dahulu untuk memastikan kereta kerosakan yang dibaiki sudah baik pulih sepenuhnya.

Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan sebuah Honda Accord terbabas melanggar beberapa kereta lain di kawasan parkir.

Baca Juga:

Menurut hantaran X.com @druglordfxdl, pekerja kedai sedang test drive kereta tersebut sebelum kemalangan berlaku.

Difahamkan insiden terbabit terjadi di pintu ketiga UiTM Puncak Alam.

Ramai warganet tidak bersetuju dengan tindakan pekerja bengkel menguji kereta pelanggan di tempat yang tidak sesuai.

Pada masa sama netizen mahu pihak bengkel bertanggungjawab sepenuhnya kerugian yang dialami oleh pemilik Honda, serta kereta-kereta yang dilanggarnya.

Antara kereta-kereta lain yang dilihat terjejas disebabkan kemalangan itu adalah sebuah Proton Persona, Proton Wira dan Perodua Axia.

Insiden seperti ini agak sering berlaku, sebelum ini seorang pekerja kedai kecantikan kereta terbabas melanggar pokok ketika membawa Mini Cooper pelanggan.

Kemudian, seorang warga Singapura ‘hilang’ sebuah Nissan Fairlady apabila anak pemilik bengkel joyride kereta beliau sehingga terlibat dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan, pemilik bengkel enggan bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.