Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap restoran memastikan soal kebersihan dijaga sekaligus membolehkan pelanggan menjamah menjamah hidangan dengan bersih dan selesa.

Terbaharu, tular sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka di mana pekerjanya dipercayai membuang air kecil di longkang berhampiran premis. Hal ini telah membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan arahan untuk restoran tersebut untuk ditutup selama 14 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Pengarah JKN (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dorothy Dayang Henry Sum berkata, arahan itu telah dikeluarkan selepas premis tersebut didapati terlalu kotor dalam satu pemeriksaan mengejut dilakukan petang semalam.

@malaysiagazette

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah ditutup selama dua minggu sehingga 14 Februari selepas video pekerjanya kencing di tepi premis tular semalam. Arahan dibuat selepas Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dorothy Dayang Henry Sum menyerbu premis berkenaan. #MGFlash #JKNM

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Katanya, premis berkenaan tidak mencapai markah kebersihan ditetapkan termasuk penemuan puntung rokok di stor penyimpanan barang.

Pihak JKN juga turut mengeluarkan empat notis kompaun berjumlah RM1,500 termasuk dua notis di bawah Peraturan 33 berkaitan kebersihan diri pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai melaksanakan operasi tersebut, lewat petang semalam.

Tambahnya, pemilik restoran terbabit memaklumkan dia telah menyewa ruangan kecil di bangunan bersebelahan premis itu yang mempunyai kemudahan tandas tetapi berdepan dengan masalah bekalan air.

“Keadaan ini menyebabkan pekerja terpaksa pergi ke tempat lain menggantikan fungsi tandas,” ulas pemilik kedai.

Tambahnya, restoran itu sebelum ini pernah diarah tutup sebanyak dua kali pada 2022 kerana kotor.

Sumber