Pada hari semalam sebahagian pelabur skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy).
Bagaimanapun usahawan kosmetik itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tuntutan sebanyak RM59 juta oleh 41 orang pelabur pelaburan mata wang kripto terhadapnya.
Baca Juga:
- Dikaitkan Isu Tuntutan Hadiah Tanah Lot Banglo, Datuk Seri Vida Respon Dakwaan Netizen
- Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas, Datuk Seri Vida Undang Kecaman Netizen
- Lavida Coin Tersenarai Dibawah Senarai Amaran Bank Negara Malaysia
Memetik Harian Metro, DSV ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui perkara itu hari ini (10 Mac, Jumaat).
Katanya, dia sendiri terkejut dan akan serahkan kepada peguamnnya untuk tindakan susulan.
“Saya sendiri tidak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Saya baru saja tahu mengenainya daripada beberapa pihak. Lebih baik berurusan dengan peguam saya. Biarlah pihak peguam akan menjawab.
“Saya tidak boleh komen lanjut sebab perkara itu membabitkan undang-undang. Biarlah saya bincang dengan peguam dahulu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu baharu anaknya Cik B, hari ini.
DSV juga tidak menolak tuntutan yang dilakukan itu adalah disengajakan bertujuan mencalar reputasi dan perniagaannya. Apapun, dia secara peribadi tidak terkesan dengan apa yang berlaku.
“Saya dah lama dalam industri perniagaan dan media sosial. Saya tahu ramai yang tak suka saya. Saya tahu saya banyak musuh. Jadi tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.
“Memanglah terkejut dengan berita itu tapi saya tak terkesan pun. Saya masih bertahan dalam perniagaan,” katanya.
DSV juga terbuka dan sedia bersemuka dengan pihak yang cuba menarik namanya dalam kes itu bagi mengadakan perbincangan.
“Mereka tidak ada menghubungi saya pun. Boleh sahaja cari saya di media sosial. Saya pun sentiasa ada di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, satu sidang media diadakan menuntut DSV untuk membayar wang pelaburan kepada 41 individu yang pernah membuat pelaburan dalam Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy).
Mereka membuat tuntutan itu selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.
“Kami ada tanya di media sosialnya semasa dia buat liveĀ berkenaan wang kami. Namun, kami dimarahi dan tidak dilayan. Paling dikesali apabila dia buat tidak tahu berkenaan wang kami,” keluh sebahagian pelabur skim pelaburan mata wang kripto milik DSV.
Menurut mereka lagi, DSV dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla bertindak menyekat panggilan dan mesej WhatsApp.