Seorang pelajar kejuruteraan dari Malaysia yang lulus dengan kepujian kelas pertama mengeluh dengan kesukarannya untuk mendapatkan kerja disebabkan kurang menguasai bahasa Inggeris.
Melalui perkongsiannya di laman media sosial, dia meluahkan kekecewaannya kerana kebanyakan majikan kemahiran komunikasi berbanding pengetahuan teknikal.
Baca Juga:
- Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Cikgu Ini Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa
- Pelajar Masuk ICU, Buah Pinggang Rosak Kena Denda ‘Squat’ 200 Kali Oleh Cikgu
Tambahnya lagi, dia merasa tidak adil kerana rakannya yang tidak mempunyai kemahiran teknikal yang sama mempunyai peluang yang besar dan senang mendapat kerja disebabkan kemahiran komunikasi.
Ni nama dia soft skill. Tapi ang boleh belajaq bi. Confirm belajaq bi lagi senang dari engineering. And kurangkan rasa dengki. Improve diri sendiri. pic.twitter.com/q6x29nxQSG
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) October 3, 2023
Beberapa netizen menyatakan rasa simpati mereka, menyedari kesukaran yang dihadapi oleh individu yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, ramai yang menekankan bahawa pentingnya kemahiran komunikasi kerana dunia pekerjaan sekarang bukan sahaja mementing kemahiran teknikal.
Difahamkan, melalui kajian oleh JobStreet.com, ia mendedahkan bahawa 60% majikan di Malaysia mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris sebagai faktor utama dalam keputusan pengambilan pekerja.