Apabila nak menuntut ilmu, kita sudah diajar untuk menjaga adab dengan gurunya. Walaupun kita tidak bersefahaman bukanlah menjadi satu asbab berlaku biadap terhadap orang yang mengajar.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan secara meluas di platform X yang memperlihatkan gelagat seorang guru berdepan situasi di mana pelajarnya melontarkan komentar biadap ketika sesi pengajaran secara dalam talian.

“Saya orang Melayu sir, saya bukan penjajah’” komen jelik yang ditinggalkan dengan hasrat mengatakan dia tidak bersetuju pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dan samakan dengan penjajah.

Di dalam video berkenaan, komen biadap itu langsung mendapat perhatian guru tersebut dan menegur pelajar terbabit kerana tiada adab dan kelihatan bongkak dengan kenyataan sedemikian.

Guru Matematik tersebut turut mendedahkan yang dia mengajar dalam dwibahasa dan tidak hanya bergantung pada satu bahasa sahaja sewaktu sesi pengajaran.

Perkongsian video ternyata mengundang kecaman netizen terhadap pelajar yang mengeluarkan komen biadap sedemikian kepada pendidik.

Pelajar Gelarkan Ajar Matematik Dalam Bahasa Inggeris Sama Seperti Penjajah Undang Kecaman
Sumber Gambar: X
Pelajar Gelarkan Ajar Matematik Dalam Bahasa Inggeris Sama Seperti Penjajah Undang Kecaman
Sumber Gambar: X

Ramai berpendapat tiada salahnya mempelajari bahasa selain Melayu kerana sangat berguna di dalam kehidupan sebenar.