Seorang pelajar sekolah rendah baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok selepas mengadu sedih kepada ibunya kerana tidak mempunyai kawan disebabkan dia bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

Ibu gadis itu, Farahani, baru-baru ini berkongsi video di TikTok yang mendokumentasikan permasalahan anak perempuannya di sekolah.

Baca Juga:

Video itu dimulakan dengan memperlihatkan bagaimana anak perempuannya merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

Bagaimanapun, video itu bertukar suram apabila ia menunjukkan gadis itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis, di mana kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa tiada siapa yang mahu berkawan dengannya kerana dia bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

Dalam klip itu, Farahani mengaku bahawa anak perempuannya tidak begitu mahir berbahasa Melayu. Dia juga menyalahkan dirinya sendiri kerana anak perempuannya berada dalam situasi ‘dipulau’ okeh rakan sekelas.

Dalam video yang lain, Farahani menyiarkan video susulan yang menjawab komen salah seorang daripada pengguna TikTok yang mendakwa sebagai salah seorang senior anak perempuannya di sekolah.

Menurut netizen terbabit, dia menyatakan bahawa anak perempuan Farahani sering bersendirian semasa waktu rehat.

Farahani dengan sebak menyatakan rasa bersalah terhadap situasi anak perempuannya dan meminta empati daripada mereka yang menuduhnya berbangga tentang kemahiran bahasa Inggeris anak perempuannya kerana itu bukan tujuan asal video itu dibuat.

Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dia memuat naik video terbabit untuk dijadikan pengajaran kepada ibu bapa dan keluarga lain tentang kepentingan mempelajari bahasa ibunda.

Dibahagian komen, netizen terus memberi semangat kepada anaknya agar tidak berputus asa. Selain itu, ada juga yang mencadangkan kepadanya agar menghantar anaknya ke kelas Bahasa Melayu.