Kalau kita rasa diri kita susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jika mampu memberi untuk membahagiakan orang lain adalah lebih baik.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir yang merupakan seorang penuntut universiti telah berkongsi kisah akan makcik tukang cuci di hostelnya dan telah berusaha mengumpulkan dana bersama warga Twitter untuk memberikan hadiah buat makcik tersebut.
selalu kena tinggal van masa balik kerja sebab lost jam pukul berapa. Dia cakap dekat aku dia teringin sangat nak ada jam water resistance sebab selalu cuci toilet. Dia pun selalu usha aku punya mi band sebab ramai jugak student recommend dekat dia tapi dia tak mampu since-
— mader (@madermn) September 25, 2019
Mereka mengumpulkan duit untuk memberikan hadiah seutas jam tangan yang kalis air agar dapat digunakan makcik tersebut kerana jamnya sudah rosak. Disebabkan jam tangan makcik tersebut sudah rosak, makcik tersebut sering tertinggal van untuk pulang.
Usaha murni hasil duit yang dikumpul warga Twitter telah merealisasikan impian makcik tersebut untuk memiliki seutas jam tangan kalis air. Mahathir telah menyerahkan jam tangan tersebut kepada makcik itu.
And nanti saya pergi belikan untuk dia. Kita sedekah atas nama sumbangan twitter hahaha. Kalau takda yang derma…. ahh aku gumpul duit jugak belikan dia jam baru hahahahaha
— mader (@madermn) September 25, 2019
Sedikit ucapan buat makcik cleaner yang baik hati. Aku khususkan pemberian daripada rakan rakan twitter. Dia terharu and dia kirim salam dekat semua and dia cakap terima kasih sebab first time dia dapat jam yang elok // Sorry sebab writing dalam bahasa sarawak haha pic.twitter.com/LzpjsDa26n
— mader (@madermn) September 27, 2019
Malah, Mahathir telah menggunakan wang lebih hasil sumbangan dengan membeli barang keperluan untuk makcik tersebut dan beberapa makcik tukang cuci yang lain. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan makcik tukang cuci di sana kebanyakannya adalah ibu tunggal dan balu.
Pada mulanya makcik itu menolak tetapi beliau memujuk dan mengatakan ia adalah hadiah ikhlas daripada beliau dan rakan-rakan Twitter, lalu makcik itu mula menerima dan berterima kasih.
Okay so ni video borak dengan dia. Basically aku explain everything lah dekat dia. Sorry aku tak boleh expose muka makcik untuk jaga privacy dia, plus bukan dia yang mintak, aku yang initiate collection ni sebab kesian dengan dia. Apapun- pic.twitter.com/x3ZBK0cSPr
— mader (@madermn) September 27, 2019
Beliau tidak merakam gambar makcik itu demi menjaga privasi makcik itu. Oleh itu, netizen memuji usaha yang dilakukan oleh beliau dan warga Twitter lain yang membantu.
https://twitter.com/_nrlatka/status/1177593707874226176
https://twitter.com/fayaibadallah/status/1177533185359376384
Semoga kisah ini dapat membuat kita lebih bersyukur dan menghargai masyarakat sekeliling. Baca artikel berkaitan kisah memberikan hadiah dapat membuatkan insan lain gembira.
Lihat Reaksi Si Ayah Terharu Terima Hadiah Kasut Onitsuka Tiger Yang Diidamkan Sejak 2 Tahun Lalu