Kalau kita rasa diri kita susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jika mampu memberi untuk membahagiakan orang lain adalah lebih baik.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir yang merupakan seorang penuntut universiti telah berkongsi kisah akan makcik tukang cuci di hostelnya dan telah berusaha mengumpulkan dana bersama warga Twitter untuk memberikan hadiah buat makcik tersebut.

Mereka mengumpulkan duit untuk memberikan hadiah seutas jam tangan yang kalis air agar dapat digunakan makcik tersebut kerana jamnya sudah rosak. Disebabkan jam tangan makcik tersebut sudah rosak, makcik tersebut sering tertinggal van untuk pulang.

Usaha murni hasil duit yang dikumpul warga Twitter telah merealisasikan impian makcik tersebut untuk memiliki seutas jam tangan kalis air. Mahathir telah menyerahkan jam tangan tersebut kepada makcik itu.

Malah, Mahathir telah menggunakan wang lebih hasil sumbangan dengan membeli barang keperluan untuk makcik tersebut dan beberapa makcik tukang cuci yang lain. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan makcik tukang cuci di sana kebanyakannya adalah ibu tunggal dan balu.

Pada mulanya makcik itu menolak tetapi beliau memujuk dan mengatakan ia adalah hadiah ikhlas daripada beliau dan rakan-rakan Twitter, lalu makcik itu mula menerima dan berterima kasih.

Beliau tidak merakam gambar makcik itu demi menjaga privasi makcik itu. Oleh itu, netizen memuji usaha yang dilakukan oleh beliau dan warga Twitter lain yang membantu.

https://twitter.com/_nrlatka/status/1177593707874226176

https://twitter.com/fayaibadallah/status/1177533185359376384

Semoga kisah ini dapat membuat kita lebih bersyukur dan menghargai masyarakat sekeliling. Baca artikel berkaitan kisah memberikan hadiah dapat membuatkan insan lain gembira.

Lihat Reaksi Si Ayah Terharu Terima Hadiah Kasut Onitsuka Tiger Yang Diidamkan Sejak 2 Tahun Lalu

Guru Ini Sebak Terima Hadiah ‘Rare’ Daripada Anak Muridnya

Sumber