Lidah Melayu memang flexible, ke mana pergi pun boleh dilentur. Jika tidak masakan ramai yang memuji bila berbahasa asing, sama ada Bahasa Inggeris atau bahasa lain yang boleh dipertuturkan. Mat saleh puji “your English is very good” adalah satu perkara biasa jika anda kerap mengembara ke luar negara.
Malahan di Malaysia sendiri bila bercakap dengan kaum India mahupun Cina, pelat kita terlebih berbanding mereka. Haha. Okey cukup lah merapu. Berbalik ke isu utama.
Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian terbaru yang telah dirangkul oleh pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk di Jordan.
4 pelajar Malaysia yang terpilih mewakili universiti ini telah dinobat sebagai pemenang debat bahasa Arab antara universiti yang dianjurkan di negara tersebut. Pertandingan kalah mati di setiap pusingan ini telah disertai oleh 14 universiti dari seluruh Jordan.
Lebih menarik, kumpulan 4 pelajar terdiri daripada 3 pelajar tahun 3 pengajian Bahasa Arab dan Kesusasteraan, dan seorang dalam Pengajian Islam ini adalah satu-satunya kumpulan peserta selain Arab yang terpilih ke pertandingan debat antara universiti di seluruh Jordan kali ini.
Masuk pertandingan untuk cari pengalaman
Menurut Najla Illya yang dihubungi semalam, persediaan mereka untuk pertandingan bukanlah lama. Atas faktor ini mereka tidak menaruh harapan tinggi untuk menang. Apatah lagi borang penyertaan dihantar di saat akhir setelah diajak oleh seorang ketua kelab debat di universiti Yarmouk.
Namun begitu, mereka selalu berlatih debat dari mula belajar di universiti ini iaitu sejak 3 tahun lepas demi melancarkan penguasaan Bahasa Arab disamping menimba ilmu perdebatan. Latihan ini pula dipantau sepenuhmya oleh oleh Ustazah Siti Mardhiyah, bakal PhD Syariah bahagian Tafsir.
“Kami ada kelab Debat Marha-Marha di sini yang mana, kami buat latihan debat sesama kawan-kawan yang lain setiap hujung minggu selama setengah jam” – Najla Illia.
Dinobat pendebat terbaik
Lebih membanggakan lagi apabila alah seroang daripada mereka, iaitu Ammar Abd Khalim telah dipilih sebagai pendebat terbaik. Atas kemenangan ini juga Ammar dan kumpulannya telah dijemput bersiaran di Al-Urdun Al-Yaum (Jordan Hari Ini) di stesen TV Jordan.
Ujar Najla lagi, mereka turut menerima sokongan padu bukan saja dari pihak universiti, tapi juga daripada rakan-rakan debat Arab seuniversiti.
Untuk pengetahuan, bukan senang nak masuk pertandingan debat begini, apatah lagi bila melibatkan Bahasa Arab. Tapi mereka ini dah buktikan anak Melayu mampu bersinar walau dicampak ke mana, janji usaha.
Tahniah dari kami di Vocket. Semoga lebih banyak kemenangan dapat dirangkul oleh kalian di masa depan. Seterusnya memberi inspirasi kepada kami di sini.