Memori zaman persekolahan sama ada pahit atau manis menjadi satu memori yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apakah peraturan sekolah yang anda teringin untuk ubah ketika dahulu?
Terbaharu, seorang pelajar tingkatan 1 iaitu Darrel James telah membuat satu petisyen secara atas talian untuk meminda peraturan rambut pendek bagi pelajar lelaki. Darrel James tujukan pertisyen tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi petisyen tersebut, Darrel mengatakan bahawa peraturan rambut panjang tidak munasabah kerana jika rambut melebihi paras telinga, menutupi dahi dan rambut melebihi paras hidung atau lebih 15 sentimeter dikira melanggar peraturan sekolah.
Malah, tidak membenarkan pelajar lelaki memiliki rambut panjang adalah satu diskriminasi kerana pelajar perempuan dibenarkan memiliki rambut panjang. Selain itu, Darrel juga berpendapat bahawa pembelajaran tidak akan dipengaruhi jika berambut panjang.
Tambahnya lagi, Kementerian Pendidikan seharusnya memberi fokus untuk memperbaiki persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan bukannya kuatkuasakan peraturan remeh sebegini. Malah, dia juga mahu pelajar atau ibu bapa mereka dibenarkan untuk menentukan gaya rambut kerana mungkin ada keluarga yang kurang berkemampuan untuk keluarkan kos memotong rambut setiap bulan.
Setakat hari ini, petisyen tersebut telah mendapat sokongan sebanyak 642 dan jika anda ingin menyokong petisyen ini, anda boleh layari laman sesawang ini. Malah, pasti ada dalam kalangan anda yang pernah ‘kantoi’ ketika perhimpunan dan setiap kali spot check lalu rambut digunting oleh guru disiplin. Apakah pendapat anda mengenai cadangan yang disampaikan oleh pelajar ini?
Baca artikel lain yang berkaitan dengan isu pendidikan semasa di bawah.
Remaja Malaysia Cipta Sejarah Bakal Jadi Pelajar Termuda Di Royal College Of Surgeon Ireland
Ini Top 5 Perkara Paling Mengecewakan Apabila Kita Sudah Dewasa