Sebentar tadi peminat seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon yang pernah menghiasi industri seni negara iaitu Zainal Ariffin Abd.Hamid atau lebih dikenali dengan nama Zaibo.

Menurut laporan daripada mStar, beliau mulai menyedari beliau menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dimana beliau sedikit sukar untuk menelan makanan sebelum mendapatkan rawatan dan disahkan menghidapi kanser esofagus.

Berita mengenai kematian ini disahkan sendiri oleh isterinya Siti Hawa Shawal yang mengatakan suaminya telah meninggal dunia. Salam takziah kami ucapkan buat seluruh keluarga Zaibo. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta bersama orang orang yang beriman.

Sumber