Media melaporkan bahawa seorang selebriti wanita tempatan tanah air kini berada di bawah pengawasan Bank Negara, lapor Utusan Malaysia.
Difahamkan beliau adalah pelakon muda yang terkenal, dipuji kerana sifatnya yang mudah mesra, sering mendapat tawaran berlakon dan antara duta jenama besar.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Selain itu dia juga dikatakan sering mendapat tawaran berlakon dan tawaran ini pula datang tak putus-putus. Namun bayaran untuk lakonan beliau tidaklah setinggi dengan gaya hidupnya yang bermewah-mewah.
Disebabkan, kekayaan yang luar biasa tersebut telah menyebabkan beliau berada di bawah pengawasan Bank Negara dan kini disiasat di bawah Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Namun sehingga kini laporan tersebut tidak menamakan siapakah selebriti tersebut.