Jonathan Majors ditahan pihak berkuasa pada Sabtu di New York atas tuduhan mencederakan selepas berlaku pertikaian dengan seorang wanita berusia 30 tahun.

Menurut kenyataan daripada pihak Polis New York (NYPD), wanita itu memberitahu pegawai bahawa dia telah diserang dan dibawa ke hospital dengan ‘kecederaan kecil pada kepala dan leher’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut kenyataan polis, pegawai menerima panggilan 911 sekitar jam 11:14 pagi.

“Siasatan awal mendapati bahawa lelaki berusia 33 tahun terlibat dalam pertikaian dengan seorang wanita berusia 30 tahun,” kata polis. “Mangsa memberitahu polis bahawa dia telah diserang. Pegawai kami menahan lelaki berusia 33 tahun tanpa sebarang insiden. Mangsa mengalami kecederaan kecil pada kepala dan leher dan telah dibawa ke hospital di keadaan stabil.”

Kenyataan polis menyenaraikan beberapa tuduhan yang mungkin; ‘penjerutan’, ‘serangan’, dan ‘gangguan’.

Majors baru-baru ini telah menempa namanya dalam perfileman Hollywood menerusi watak Damian Anderson dalam Creed III dan sangat dikenali sebagai penjahat Marvel, Kang the Conqueror, dalam ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’.

Sekiranya dakwaan ini benar, ia bakal menjadi tamparan hebat buat Marvel kerana filem dan siri Marvel akan datang majoritinya akan berkait dengan watak Kang The Conqueror.

Studio besar di Hollywood tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pelakon yang ‘bermasalah’ kerana akan memberi tanggapan buruk kepada karya mereka.

Wakil bagi Majors bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Beliau tidak melakukan kesalahan apa-apa,” kata jurucakap Majors dalam kenyataan kepada Variety. “Kami berharap untuk membersihkan namanya dan menyelesaikan perkara ini.”