Sebuah catatan menarik dari seorang pelancong asing di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat tentang daya tarikan fizikal rakyat Malaysia.

Pelancong asing tersebut mengaku terpesona dengan kecantikan orang Malaysia sejak pertama kali mengunjungi Kuala Lumpur pada 2019, dan menyatakan bahawa setelah mengunjungi lebih daripada 100 negara, Kuala Lumpur tetap memiliki antara penduduk paling menarik secara fizikal di dunia.

Pengalaman Pelancong Asing: Terpesona di KLCC

“Ketika pertama kali datang ke Malaysia tahun 2019, saya berdiri di taman KLCC memerhatikan orang lalu lalang dan berfikir ‘wah, semua orang di sini sangat cantik’,” tulis pelancong tersebut.

Pelancong Asing
Sumber: Malay Mail

“Bahkan sekarang setelah mengunjungi lebih dari 100 negara, saya tetap berpendapat KL memiliki antara orang-orang tercantik di dunia.”

Catatan beliau mendapat perhatian dari pelbagai netizen, dengan kebanyakannya berterima kasih diatas kejujuran beliau.

Seorang rakyat Malaysia menulis bahawa pujian daripada pelancong tersebut telah membuatkan beliau tersipu malu.

Manakala seorang lagi pelancong asing pula menyatakan bahawa dia juga merasakan pengalaman yang sama ketika berkunjung ke Malaysia.

Pelancong Asing
Sumber: Malay Mail

Bagaimanapun, seorang netizen mendakwa bahawa dia mempunyai pandangan yang berbeza kerana baginya, orang Malaysia dan Singapura kebanyakannya kelihatab biasa.

Keunikan Kecantikan Malaysia

Sebagai negara majmuk, rakyat Malaysia boleh dikatakan memiliki ciri-ciri kecantikan yang unik.

Ini terjadi mungkin melalui hasil campuran pelbagai etnik dan budaya yang terbentang dari semenanjung Malaysia sehingga ke bahagian Sabah dan Sarawak.

Pelancong Asing
Sumber: Malay Mail

Kecantikan ala Malaysia sering dikaitkan dengan kulit sawo matang yang eksotik, ciri-ciri wajah yang harmonis, gaya berpakaian yang unik dan penuh budaya serta senyuman yang mesra.

Persepsi kecantikan memang subjektif, tetapi pengakuan pelancong asing ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia memiliki daya tarikan tersendiri di mata dunia.