Jika sering berkunjung ke KLCC, anda mesti pernah terserempak dengan sekumpulan individu bergelar mobilegrapher di sekitarnya. Mereka sedia tawarkan servis tangkap gambar dengan cas bayaran tertentu.

Namun baru-baru ini kecoh apabila seorang warga Indonesia yang memberi amaran agar pelancong negara itu yang datang ke Kuala Lumpur untuk berwaspada dengan modus operandi terbaru untuk menipu pelancong yang melawat Menara Berkembar Petronas.

Baca Juga:

Menurut video tersebut, sekumpulan individu akan menawarkan bantuan untuk membantu pelancong dari negara seberang untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan KLCC.

Ramai pelancong didakwa telah tertipu kerana pada mulanya mereka menganggap bantuan yang ditawarkan itu percuma namun setelah gambar siap diambil, mereka akan meminta bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 untuk setiap keping gambar.

Dalam pada itu, menurut perkongsian seorang netizen pula mendedahkan bahawa kumpulan terbabit akan menyibuk di tempat yang anda mahu bergambar jika menolak bantuan mereka.

Rata-rata netizen turut berpendapat bahawa sekumpulan individu yang menawarkan servis seumpama itu bukanlah rakyat Malaysia kerana cara mereka bercakap tidak menyerupai penduduk di negara ini.

Sebaliknya, mereka adalah warga asing yang sengaja mahu mengaut keuntungan dengan cara licik di negara ini.

Sumber Gambar: Twitter @traveljimat
Sumber Gambar: Twitter @traveljimat

Bahkan, majoriti netizen Malaysia juga menggesa pihak berkuasa untuk bertindak kerana jika tidak dikawal, isu ini boleh menjejaskan imej Malaysia di mata pelancong luar sekali gus menyebabkan ramai yang takut untuk datang melancong ke lokasi tumpuan itu.