Satu insiden yang mengecewakan sekelompok pelancong dari Jerman terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia telah menjadi sorotan di media sosial.

Insiden ini dirakam dan dikongsikan oleh pengguna TikTok dengan nama @big_laddo, yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya bersama rakannya selepas mereka didakwa telah dilarang daripada menaiki bas di perhentian Batu Caves di Gombak, Selangor.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam rakaman video tersebut, seorang lelaki Jerman dan dua wanita dilihat turun dari bas selepas berbual dengan pemandu bas.

Lelaki tersebut kemudian menjelaskan kekecewaannya, menyatakan bahawa mereka telah menunggu bas untuk waktu yang lama dan akhirnya dilarang untuk menaiki bas.

Menurut keterangan lelaki tersebut, pemandu bas menyatakan bahawa mereka tidak boleh menaiki bas kerana mereka tidak memiliki kad Touch ‘n Go, yang diperlukan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Malaysia.

Pelancong asing ini juga mengakui ketidaktahuan mereka tentang keperluan kad tersebut dan bagaimana cara untuk memperolehnya.

Keadaan perhentian bas di Batu Caves juga menjadi sorotan dalam video tersebut, dengan pelancong asing tersebut mengkritik perhentian bas yang didakwanya kotor, tiada tempat duduk atau bumbung, dan papantanda yang sudah usang sehingga menyukarkan pengguna untuk mendapatkan maklumat.

Reaksi masyarakat tempatan terhadap video ini berbelah bahagi, dengan sesetengah menyatakan simpati terhadap pelancong Jerman sementara yang lain mengatakan bahawa mereka sepatutnya menyelidik lebih lanjut tentang sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Sumber