Lebih kurang 100 masjid di Jerman dan Belanda melaungkan laungan azan bagi meningkatkan semangat umat Islam di tengah-tengah serangan wabak COVID-19. Sebelum ini, azan menggunakan pembesar suara adalah dilarang di Jerman dan Belanda.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh ISLAM21C, laungan azan yang jarang berlaku ini bermula pada Jumaat lalu, ketika kedua-dua negara Eropah mengenakan penguncian bagi menghentikan penyebaran wabak COVID-19.

Azan atau seruan untuk umat Islam menjalani ibadah solat berkumandang di masjid yang dimilik oleh DITIB Merkez Mosque – kelompok Muslim-Turki – di kota Duisburg barat dan Islamic National View (IGMG).

“Seruan untuk umat Islam sembahyang boleh didengar di 50 masjid. Azan yang disiarkan melalui pembesar suara biasanya tidak dibenarkan di Jerman kecuali untuk acara-acara khas,” kata Fahrettin Alptekin, wakil DITIB di Essen, Jerman.

“Gereja di sekitar kawasan kejiranan kami juga bertanya sama ada kami ingin mengambil bahagian sebagai tanda solidariti,” kata Hülya Ceylan, ketua persatuan dan sukarelawan DITIB di masjid Duisburg.

“Kami berkata, kita dapat mengukuhkan semangat masyarat Islam secara rohani melalui panggilan untuk solat.”

Di Belanda, panggilan untuk solat yang disiarkan melalui pembesar suara dibuat secara meluas bagi menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat tempatan bagi menghadapi COVID-19.

Selepas Itali dan Sepanyol, Jerman adalah negara yang paling teruk dilanda COVID-19. Data menunjukkan Jerman mempunyai lebih 100,000 pesakit COVID-19 dengan 2,000 kematian. Manakala Belanda mempunyai lebih 19,000 kes dengan 2,000 kematian telah dicatatkan.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda, Mayat Mangsa COVID-19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

Perancis Tukar Pasar Borong Terbesar Di Dunia Kepada Rumah Mayat Mangsa COVID-19

Sumber