Selalunya harga untuk nasi putih, air kosong dan ayam goreng kunyit tidak melebihi RM10.00 atau paling mahal mungkin sekitar RM12.00. Bagaimanapun, harga yang dikenakan ke atas pelancong tempatan di Langkawi ini benar-benar buat orang ramai terkejut.

Dalam satu kejadian yang tular di media sosial, seorang pelancong tempatan telah memuat naik resit makanan di salah sebuah gerai di Pantai Chenang, Langkawi. Beliau berang apabila dikenakan harga yang tinggi untuk sepinggan nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau yang berkongsi tangkap layar gambar resit di salah sebuah kumpulan komuniti Facebook mendakwa dikenakan RM24.00 untuk hidangan tersebut. Harga yang tidak masuk akal tersebut membuatkan beliau berang dan faham mengapa pelancong terutamanya warga tempatan lebih gemar bercuti di tempat lain berbanding Langkawi.

“Patutlah orang luaq kata langkawi mahai (mahal). Hampa rasa baloi(berbaloi) kena harga camni(begini)? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodo camtu(macam itu) saja sorang makan RM20 ringgitttt. Ais kosong RM1 naya kena 24ringgit, tu gambaq kedai aku dah snap tengok lah kat mana area chenang jangan hampa terkena sudah jangan kecamm, nak kecam pon ikut suka hampa lah aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia,” katanya yang berang.

Melalui bahasa yang ditulis olehnya, dipercayai beliau adalah orang tempatan dari utara tanah air. Kejadian tersebut pula dipercayai berlaku di salah sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi

Sebelum ini, Pulau Langkawi menjadi isu utama disebabkan ketiadaan pelancong tempatan.

Tangkap layar tersebut kini tular di media sosial X dengan kebanyakan netizen terkejut dengan harga tersebut.

Bagaimanapun, seorang netizen menyatakan bahawa pengalaman beliau makan di gerai di sekitar Langkawi baru-baru ini tiada masalah sambil menyatakan bahawa mungkin pengadu tersilap pilih kedai pada hari tersebut.

Manakala hasil dari pemerhatian netizen di ulasan Google, difahamkan bahawa gerai tersebut memang terkenal dengan harga yang mahal dan ulasan baik kebanyakannya datang dari pelancong asing.