Video dua pelancong dari Malaysia yang membantu ahli Running Man menyelesaikan misi dalam episod terbaharu telah menjadi tumpuan ramai dan tular di media sosial.

Aksi dua wanita Malaysia itu bukan sahaja memukau ahli Running Man, malah berjaya mengharumkan nama negara dan membuat penonton tempatan bangga.

Dalam klip video itu, misi yang perlu dilakukan oleh ahli Running Man adalah untuk mendapatkan jawapan yang betul daripada pelancong. Misi tersebut adalah untuk menyambung suku kata terakhir perkataan yang diberikan oleh ahli Running Man.

Pada mulanya, ahli Running Man menghadapi kesukaran untuk menjelaskan misi kepada dua pelancong dari Malaysia itu kerana mereka tidak fasih berbahasa Inggeris.

Namun, sebaik sahaja salah seorang ahli menyebut perkataan ‘Gangnam’, pelancong itu terus menjawab dengan tepat, iaitu ‘Namdaemun’.

Ahli-ahli Running Man bersorak gembira apabila mereka berjaya menyelesaikan cabaran dengan mudah, hasil daripada tindakan spontan pelancong Malaysia itu.

Malah, mereka turut berkongsi timbul rasa meremang mungkin kerana terlalu teruja berjaya menyelesaikan misi dengan pantas sekaligus memberikan kelebihan buat pasukan tersebut.

Salah seorang pelancong tersebut kemudiannya memberitahu bahawa insiden itu adalah momen spontan ketika dia dan rakannya melancong ke sana.

Disoal bagaimana boleh terfikir jawapan tersebut, wanita itu balas dengan mengatakan nama lokasi itu merupakan salah tempat di dalam tempat yang akan dikunjungi.

@mystoryeverydaytoyou

Bertuah akak ni jumpa Running Man 🀭 #runningman #λŸ°λ‹λ§¨ #malaysia #songjihyo #korea

♬ original sound – My story πŸ€ – My story πŸ€

β€œSatu benda yang cukup rawak di dalam percutian kali ini. Tapi otak loading betul sebab tengah proses betul ke Song Ji Hyo depan mata,” ujarnya.

running man
Sumber Gambar: TikTok

Netizen secara keseluruhannya berasa bangga dan teruja kerana dapat melihat wakil Malaysia muncul dalam rancangan Korea Selatan yang sangat popular itu.

Ramai juga berseloroh mengatakan nasib baik mereka menjumpai pelancong Malaysia yang tepat kalau kena pada mereka pasti akan menjawab “Gangnam Style’ yang mana tidak menepati jawapan yang diperlukan.