Sekumpulan pelancong dari Malaysia menjadi mangsa amukan Zirafah di Safari Kanchanaburi, Thailand baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Instagram @ojennaiwahhh_, beliau dan tiga lagi rakan pergi ke Safarai Kanchanaburi untuk menangkap gambar bersama zirafah dan zebra.

Baca Juga:

Difahamkan hanya safari di Kanchanaburi yang mempunyai dua haiwan liar tersebut.

Ojen mendakwa dia tidak menyangka percutian mereka menjadi tragedi.

“Dua orang dari rakan travel ojen kena lenyek dengan zirafah. Zuhairi sempat elak tapi tersadung kaki. Malangnya Syafiq tak sempat dan dilenyek,” petik hantaran Instagram @ojennaiwahhh_.

Menurut Ojen ada sesuatu perkara yang menyebab zirafah itu naik angin lalu melanggar dan melenyek semua orang yang berada di atas tanah.

Ojen pada ketika itu terselamat kerana berada di atas kereta untuk merakam gambar dan video bersama dua haiwan liar terbabit.

Sejurus insiden terbabit berlaku, kesemua mangsa dibawa ke hospital kerajaan dan kemudian dipindahkan ke hospital swasta tempatan.

Pihak Safari Thailand itu memberitahu Ojen bahawa insiden zirafah mengamuk itu pertama kali berlaku di situ.

Sumber Gambar: IG @ojennaiwahhh_

Ojen turut berkongsi beberapa cadangan kepada pemilik safari supaya perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan. Antaranya adalah meletakkan seorang pekerja untuk mengambil gambar, supaya pelancong tidak terlalu dekat dengan haiwan.

Kemudian, meletakkan pagar untuk memisahkan antara manusia dengan haiwan, dan perlu ada kelengkapan first aid supaya boleh digunakan sekiranya sebarang insiden terjadi.

Sementara itu seorang lagi rakan Ojen, Ashhry Atan, menyatakan sekiranya pada poket Syafiq tidak mempunyai telefon, pasti dia mengalami kecederaan serius pada tulangnya.

Ini kerana iPhone 13 yang ada di dalam poket pada ketika rosak teruk, seperti dilenyek kenderaan berat. Betapa padunya sepakan seekor zirafah yang ‘nampak jinak’.

Difahamkan Syafiq mendapat ganti iPhone 15 Pro Max daripada pemilik safari sebagai ganti rugi.