Tindakan angkuh seorang pelancong wanita dari negara haram telah menyemarakkan kemarahan netizen terutama sekali warga Thailand.
Wanita tersebut memperlekehkan dan menghina Thailand sebagai negara miskin dan memerlukan wang pelancong dari Is*ael untuk membangun.
Video tersebut ditukarkan oleh staf sebuah kafe Koh Phangan di Thailand yang sudah tak tahan dengan cercaan dan kebiadapan wanita itu.
Ianya cuma sebahagian daripada kata kata hinaan daripada wanita tersebut ditujukan kepada staf di situ. Dia berkata dengan angkuh: “Duit saya yang membantu membangunkan negara kamu.”
Dia menyebut kata kata itu penuh sinis dan mata berlagak.
Menurut kenyataan staf di situ, wanita itu tidak berpuas hati dengan layanan staf di situ yang melayan mereka seperti biasa. Dia mahukan layanan istimewa diberikan kepadanya.
Netizen Thailand benar benar marah dengan wanita tersebut. Sambil mengingatkannya bahawa, Thailand tidak terdesak mahukan duit daripada pelancong yang berasal dari negara haram tersebut.
Memandangkan banyak negara yang membuat dasar tutup pintu kepada pelancong dari negara haram. Wanita itu jelas tidak berterima kasih kerana Thailand masih membuka pintu untuk mereka.
Polis Thailand juga dilaporkan sudah dimaklumkan tentang video tersebut dan melakukan siasatan.
@themalaymail A brief video of an Israeli tourist arguing at a cafe in Koh Phangan has sparked widespread backlash across Thailand’s social media platforms.
Wanita tersebut rupa rupanya pempengaruh media sosial. Dan tinjauan Vocket mendapati dia sudah menutup akaun TikToknya kepada mod peribadi.
Ini kerana serangan berterusan daripada netizen yang datang memberikan komen di TikTok miliknya. Dia awalnya dikatakan telah menutup ruangan komen sebelum menutup akaun kepada mod peribadi.
Tindakan wanita itu juga menyemarakkan lagi persepsi ke atas pelancong dari negara haram tersebut.
Sehinggakan baru baru ini pejabat kedutaan mereka di beberapa buah negara sudah mengeluarkan peringatan agar rakyatnya menjaga tingkah laku dan adab mereka ketika berada di negara lain.