Perbezaan budaya dan cara hidup di sebahagian negara berbeza dengan apa yang kita sering lihat di Malaysia. Perbezaan ini termasuklah dengan cara penggunaan tandas.
Bagi anda yang sering bercuti ke luar negara, anda pasti tahu bahawa sebahagian tandas di negara luar tidak menyediakan paip air dan kebanyakan penggunanya mencuci bahagian sulit mereka menggunakan tisu.
Baca Juga:
- King Sing Adalah Menteri Pelancongan Yang Sebenar, Kata Netizen Selepas Video Beliau Menari Tular
- Pelancong Ini Puji Perkhidmatan Keretapi KTM, Dakwa Malaysia Jauh Lebih Baik Daripada Thailand
Bagaimanapun, situasi ini mungkin berubah apabila sebahagian pelancong luar negara mula sedar bahawa mencuci bahagian sulit mereka menggunakan air adalah lebih bersih berbanding hanya menggunakan tisu.
Perkara ini diakui oleh seorang lelaki bernama David Vujanic, seorang individu yang popular di Twitter dan berasal daripada Croatia. Melalui ciapannya, beliau akui bahawa penggunaan paip air adalah lebih baik berbanding menggunakan tisu.
Been using the toilet bum shower thing in qatar for a month…I am absolutely horrified we only use toilet paper in the Uk/Europe. This is the best thing ever man.
— VUJ (@DavidVujanic) December 14, 2022
Selain Vujanic, seorang wanita dengan nama Anana turut mengakui bahawa cara beliau mencuci bahagian sulitnya berubah sejak beliau melawat Egypt dan Malaysia.
Apa yang menariknya lagi, beliau turut menambah aksesori terbabit di tandasnya di rumah.
After visiting Egypt and Malaysia I’ve got this thing myself when renovating bathroom pic.twitter.com/vGgUP1pWpe
— bananas (@young_financier) December 14, 2022
Ciapan beliau itu mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan kebanyakan daripada netizen teruja apabila nama Malaysia disebut.
Sebahagian netizen pula secara .berseloroh menyatakan bahawa ketamadunan mungkin baru sampai di dunia barat.