Tular sebuah video yang memaparkan kekecewaan seorang pelanggan terhadap respon pemilik restoran apabila disoal berkaitan kebersihan di dalam penyediaan makanan di situ.
Menerusinya, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mendapati hidangan sayur kailan yang dipesan di sebuah restoran di Pasir Gudang Johor, telah dicemari ulat yang masih hidup.
Lelaki itu langsung mempersoalkan tahap kebersihan premis berkenaan namun respons yang diberikan oleh peniaga terbabit membuatkan netizen tergamam.
Peniaga restoran dengan selamba memberi jawapan yang mana dianggap tidak profesional apabila menyatakan kehadiran dalam hidangan berkenaan adalah sesuatu yang biasa dan tidak dielakkan meskipun sudah cuba membersih sehabis baik.
“Kailan tu bukan abang seorang kena, kita sendiri pun pernah kena. Kadang-kadang bila basuh sayur, tak bersih sepenuhnya. Memang salah saya, tetapi kami sudah buat yang terbaik. Kadang-kadang tetap ada ulat walaupun sudah dicuci,” katanya.
Tanpa rasa serba salah, peniaga terbabit mengakui bahawa premisnya tidak mampu menjamin kebersihan secara keseluruhannya.
“Kami cuba jaga kedai, tetapi tidak semuanya sempurna,” ujarnya.
@xuanying_0 Aku stress dengar penjelasan dia π mana kau tahu tu ulat sayur ? sedangkan itu bukan ulat sayur ! dan ulat tu kat pinggan yg dah dicampur disemua makanan . so ? itu ulat sampah weh π atau makanan yg dh busuk . kenapa dh viral baru beria nak mintak maaf ? tdi bukan main ckp mcm awak yg betul kami la yg salah π₯² Anggaplah ini satu pengajaran untuk awak sbb awak dh “BIASA” . dan saya tknk benda ni jadi dekat anak kecil dan orang lain ππ» dan mcm awak ckp awak pun dh biasa makan makanan berulat di kedai makan lain even kedai makan awak sendiri π₯² . doakan jelah husb sye sihat , kalau tak sye tkthu kes ini akan panjang mcm mana . so guys just beware only alright βΊοΈ how rude they are π₯Ή @KKM @RestoranAyuKancil @HafizAzmi #fyp #viralvideo #ulatdikedaimakan #kkm
Jawapan yang diberikan mengundang kemarahan pelanggan dan orang ramai, kerana menyifatkan tindakan peniaga restoran cuba menegakkan perkara yang salah dan cuba mencipta persepsi itu adalah perkara biasa di dalam penyediaan makanan.


Susulan itu, ramai mahu pihak KKM datang menyerbu restoran tersebut kerana sudah melanggar prosedur kebersihan dalam penyediaan makanan kepada orang ramai.