Setiap hidangan sudah ditetapkan kuantiti acuan dan bahan mentah agar rasa dan persembahannya sentiasa menepati standard yang ditetapkan.
Bagaimanapun, ada sebahagian individu mahu mendapatkan isi ekstra tetapi tidak mahu mengeluarkan wang sekaligus menyusahkan pihak peniaga pula.
Inilah yang dialami oleh seorang peniaga yang juga merangkap chef Pizza yang berdepan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai permintaan dan aduan terhadap makanan yang dijualnya.
Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki sedang menyiapkan satu pesanan pizza oleh seorang pelanggan wanita. Namun, atur kerjanya menjadi terganggu selepas pelanggan itu berulang-kali meminta dia menambah cendawan pada pizza itu.
“Tambah cendawan, pls, nampak sedikit sangat, sangat sedikit. Tambah lagi sedikit. Tambah lagi. Sikit tak best, okay bagi saya lebih sikit,” ucapnya berulang-kali.
Sudahlah menekan banyak kali, dia siap menuduh chef itu sebagai kedekut kerana tidak meletakkan cendawan dengan jumlah yang banyak pada pizzanya.
Chef Iman cuba menerangkan bahawa sukatan itu sudah ada di dalam prosedur dan dengan penambahan jumlah cendawan akan membuatkan pizza menjadi ‘tenggelam’ kerana terlalu banyak bahan pada dasarnya.
Wanita itu masih berkeras dengan permintaan itu dan chef terpaksa turuti walaupun dalam keadaan terpaksa.
Lebih menyakitkan hati lagi, wanita itu terlalu cerewet sehinggakan mahu pesanannya disiapkan dengan kadar segera dan tidak mempunyai kesan terbakar pada roti pizza itu.
Kemudian, wanita itu juga mendakwa dia sudah pernah berkunjung ke kedai itu dan merasai pastanya tetapi masih tidak berpuas hati kerana isi makanan laut terlalu sedikit.
“Tetapi sangat kedekut, sangat sedikit, sangat sedikit. Saya tidak pernah sesuatu yang sangat kedekut sebelum ini,” ujar wanita itu lagi.
@imanrosmin Customer always right #kitchenlife #food #chef #fyp #pizza
Video yang dikongsikan itu langsung meraih perhatian netizen dan rata-ratanya menempelak tindakan wanita itu yang menuduh seseorang kedekut walhal mahu mendapatkan tambahan isi secara percuma.
Ramai juga menasihati chef itu untuk berkeras dalam perkara berkaitan prosedur kerana risau akan berulang-lagi dan diambil kesempatan di hari lain juga.