Seorang pelari di Indonesia berjaya menamatkan larian Half Marathon 21KM hanya dengan menggunakan selipar Jepun.

Alfadistian Rahman Hakim, yang juga seorang pempengaruh di negara jiran menyertai acara Surabaya Orthopedic Half Marathon baru-baru ini.

Baca Juga:

Tamatkan Half Marathon Guna Selipar Jepun

Hakim menjadi perhatian ramai selepas beliau dilihat menamatkan larian dengan menggunakan selipar yang harganya tidak sampai RM5.

Half Marathon
Alfadistian Rahman Hakim

Berbeza dengan pelari lain yang memakai kasut jenama terkenal seperti Adidas, Asics, Mizuno, Nike dan jenama tempatan Indonesia seperti Specs, Ortuseight dan Mills.

“Di jalanan, tiada siapa yang mengambil berat tentang jenama kasut yang kita pakai.

Half Marathon
Alfadistian Rahman Hakim

“Satu-satunya yang mengambil berat ialah: adakah anda akan menamatkan larian atau menyerah kalah?” dia menulis dalam kapsyen Instagram.