Negara Malaysia sememangnya cukup baik hati menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan. Namun, ia tidak bermaksud kita boleh membiarkan negara kita dipenuhi warga asing terutamanya pelarian dengan jumlah yang besar.

Laporan pada tahun 2022 terdahulu telah mendedahkan Malaysia menjadi lambakan pelarian daripada lebih 50 negara dan beberapa pakar sosial berpandangan, lambakan pelarian berkenaan jika tidak ditangani segara boleh menimbulkan konflik yang teruk kepada negara kita.

Majoriti pelarian pula datang daripada Rohingya dan Myanmar yang mana sebahagian telah ditahan masuk fasiliti depot tahanan Imigresen atas faktor kesihatan, masuk secara haram dan sosial yang boleh memberi ancaman kepada negara.

Terbaharu, timbul beberapa video yang dimuat naik oleh warga Rohingya sendiri di mana memperlihatkan sejumlah individu sedang meraih simpati kepada kerajaan Malaysia agar warga Rohingya dilepaskan dari tahanan negara ini.

Di dalam video itu, kelihatan kehadiran lelaki berusia, kanak-kanak dan wanita yang merintih serta menagih simpati dalam bahasa mereka namun kedengaran jelas beberapa kali nama Malaysia dan UNHCR disebut.

Di samping itu, mereka juga memegang kain rentang yang memaparkan “Bebaskan Rohingya Sekarang. Hentikan Tahanan Tidak Berperikmanusiaan dengan tertera logo bendera Malaysia padanya.

@mdjubair803

♬ original sound – Jubair – Jubair

Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen tempatan meluahkan rasa bengang dengan permintaan mereka yang mahu bebas sesuka hati meskipun tiada pas masuk yang sah.

Malah, ramai yang meminta para pelarian Rohingya untuk pertimbang beredar dari negara ini dan pergi mencari perlindungan di negara Muslim lain.

“Apa kena mengena korang dengan Malaysia? …cari negara lain la,” tulis seorang netizen.

“Tolong lah kerajaan,jangan tampung pelarian lagi.yang ada pun rakyat makan hati.tolong lah kerajaan dengar rintihan rakyat tak nak terima pelarian lagi,” keluh seorang netizen lain.

“Kenapa tak pergi India ke Bangladesh atau Thailand kerana lebih dekat nak juga masuk Malaysia walau pun Malaysia tidak sign unhcr,” soal seorang netizen lagi.

Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoal mengapa setiap kali mahu mencari tempat perlindungan mesti Malaysia menjadi pilihan utama di dalam senarai.

Ramai membangkitkan isu masalah sosial yang melanda di Malaysia apabila terlalu ramai pelarian yang bebas dan ada yang makin ‘besar kepala’ sehingga melanggar peraturan sesuka hati di negara ini.