Pelawak Jepun yang popular di Malaysia melalui video-video komedi, Ken Shimura telah meninggal dunia akibat coronavirus, menjadikan beliau sebagai selebriti pertama di Jepun yang meninggal dunia akibat wabak ini. Dia meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Shimura, terkenal di pelbagai jenis lapisan masyarakat dengan aksi komedi dan lucu telah dirawat di Hospital Tokyo dan meninggal dunia pada hari Ahad, menurut agensinya, Izawa Office.

Beliau sebelum ini telah disahkan mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti dengan wabak COVID-19. Shimura kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami demam dan masalah pernafasan.

https://www.youtube.com/watch?v=HsbWwXaujp8

Berita kematian di sambut sedih oleh rakyat Jepun dan peminat beliau apabila beberapa daripada mereka telah berkumpul di luar hospital tempat dia dirawat.

Shimura adalah bekas ahli kumpulan rock komedi Drifters, nama kumpulan pada tahun 1970-an dan 1980-an. Kumpulan ini popular ketika membintangi rancangan komedi popular di Jepun, iaitu “It’s 8 o’clock, Gather Everyone!”

Coronavirus dilaporkan telah mengambil lebih ramai nyawa orang tua berbanding yang muda apabila kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah kesihatan sedia ada – darah tinggi, sakit jantung, kencing manis – yang boleh menyebabkan ia menjadi teruk.

Tokyo mempunyai 68 kes baru melibatkan wabak COVID-19, dengan jumlah keseluruhan kes adalah 1,866, lebih 50 kematian sudah dicatatkan di negara matahari terbit tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Jepun, klik pautan di bawah.

Peningkatan Kes COVID-19, Jepun Gantung Kemudahan Visa Untuk 11 Negara Mulai Hari Ini

Sumber