Juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan penyerang berbisa dari Colombia, Jorge Obregon sebagai pemain baharu pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan media Croatia, pemain ini berkelana ke Liga Malaysia buat kali pertama dengan nilai pampasan sebanyak 500,000 euro (RM2.4 juta) dari NHK Rijeka kerana masih memiliki baki kontrak sehingga Jun 2025.

Baca Juga:

Bekas penyerang skuad Colombia bawah 20 tahun itu (B-20) memiliki pengalaman luas dalam saingan bola sepak Eropah dan Amerika Selatan namun tidak pernah beraksi dengan mana-mana kelab Asia. 

Berdasarkan rekod, Obregon telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga Croatia sejak musim 2020. Sebelum menyertai Rijeka, beliau sebelum ini beraksi bersama NK Varaždin.

Dengan penambahan Obergon, JDT kini memiliki tiga pemain import di posisi serangan selepas Hiberty Fernandes dan Bergson Da Silva.

Kehadiran ramai pemain import membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio itu memberi saingan sengit dalam perlawanan di peringkat Asia terutamanya AFC Champions League Elite (ACLE) bulan depan.

Terdahulu, JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan, Park Jun Heong dan Enzo Lombardo dari Perancis sebagai pemain baharu kelab itu.