Barangan terpakai memiliki peminatnya tersendiri dan ada juga yang menjual barangan mereka untuk mendapatkan wang segera. Akan tetapi, seorang gadis Malaysia mengambil pendekatan berbeza dengan menjual pakaian dalam dan juga stoking terpakai miliknya di Shopee.

Apa yang mengejutkan, pakaian dalam dan stoking yang dijual tidak dibersihkan dan masih terlekat ‘haruman peluh asli’ pada barangan yang dijual. Menerusi laporan, penjual itu menjual mengikut permintaan pembeli dan tidak memberikan maklumat lebih ‘details’.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi penerangan di item itu, penjual mengatakan bahawa seluar dalam dan stoking yang dijual itu telah digunakan semasa senaman gim. Malah, penjual turut mengatakan bahawa dia seorang pelajar kolej perempuan berusia 18 tahun dan hanya menerima pra-tempahan.

Menerusi tinjauan kami, barangan berupa seluar dalam sudah habis terjual tetapi untuk stoking masih ada dan pembeli perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Harga barangan ini dijual sehingga mencecah RM120 dan ada review pembeli yang mengatakan berpuas hati dengan produk diterima.