Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pemakaian pelitup muka yang sebelum ini diwajibkan di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik serta perkhidmatan pengangkutan tidak lagi wajib berkuatkuasa 5 Julai depan.
Bagaimanapun peraturan pemakaian pelitup muka dikekalkan dan wajib bagi pesakit positif COVID-19 serta kakitangan kesihatan ketika berurusan dengan pesakit.
Baca Juga:
- Kes COVID-19 Kembali Meningkat, KKM Cadang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Semula Di Sekolah
- Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan
- Orang Ramai Tidak Lagi Diwajibkan Memakai Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka Bermula 1 Mei
Ini merupakan sebahagian kelonggaran garis panduan COVID-19 yang diumumkan hari ini selepas pembentangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
Berkuat kuasa 5 Julai 2023, prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes yang disahkan COVID-19 telah disemak semula dan dikemas kini oleh @KKMPutrajaya.#DrZ #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/m26uHIIJEa
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) June 29, 2023
Dalam pada itu, Dr Zaliha juga mengumumkan tempoh pengasingan kes COVID-19 pula dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Bagi cadangan negara beralih ke fasa endemik COVID-19, kata Dr Zaliha, jika cadangan tersebut mendapat kelulusan, akan ada prosedur operasi standard (SOP) baharu.