Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pemakaian pelitup muka yang sebelum ini diwajibkan di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik serta perkhidmatan pengangkutan tidak lagi wajib berkuatkuasa 5 Julai depan.

Bagaimanapun peraturan pemakaian pelitup muka dikekalkan dan wajib bagi pesakit positif COVID-19 serta kakitangan kesihatan ketika berurusan dengan pesakit.

Baca Juga:

Ini merupakan sebahagian kelonggaran garis panduan COVID-19 yang diumumkan hari ini selepas pembentangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Dalam pada itu, Dr Zaliha juga mengumumkan tempoh pengasingan kes COVID-19 pula dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Bagi cadangan negara beralih ke fasa endemik COVID-19, kata Dr Zaliha, jika cadangan tersebut mendapat kelulusan, akan ada prosedur operasi standard (SOP) baharu.