Apple telah menambah ciri aplikasi Kamera baharu dalam iOS 18 beta terkini yang memberikan pengguna iPhone pilihan khusus untuk menjeda atau ‘pause’ rakaman video.

Ciri itu akan hadir untuk semua model iPhone yang disokong iOS 18 apabila kemas kini OS dikeluarkan pada 16 September, tidak seperti alat “Kawalan Kamera” yang lebih luas yang eksklusif untuk iPhone 16.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Ciri ini akhirnya akan membolehkan iPhone merakam berbilang rakaman dalam satu video dan bukannya proses semasa yang memerlukan pengguna mengambil rakaman berasingan yang mesti diedit bersama untuk digabungkan.

Apabila dikemas kini kepada iOS 18, butang jeda / pause ditambahkan pada aplikasi Kamera yang bertukar kepada butang rakam apabila pengguna telah menjeda rakaman video mereka secara aktif.

Ini memudahkan mereka untuk meneruskan rakaman tersebut tanpa perlu mengambil sesi rakaman baharu apabila diperlukan.

Keupayaan pause ketika merakam video ini telah diumumkan pada hari Isnin berikutan acara iPhone 16 “It’s Glowtime”.

Peminat iPhone menyambut baik inovasi ini yang dianggap sebagai satu pencetus baharu dalam teknologi.

“Kamu boleh pause rakaman video dengan iPhone 16. Pelopor!,” tulis seorang penggemar iPhone.

Ramai yang sudah teruja dengan inovasi terbaru ini. Kerana ia dianggap memudahkan kerja mereka terutama sekali pencipta konten.