Industri digital kini sedang bersiap sedia untuk d Conference and d Awards 2023, yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun di Nexus, Bangsar South, yang mana komuniti akan menterjemahkan kemunculan trend digital dan membentuk masa depan ekonomi digital bersama.

Malaysian Digital Association (MDA) selaku penganjur sudah merangka sebuah program yang cukup padat untuk d Conference yang berlangsung selama satu setengah hari, di mana pakar-pakar industri akan dibawa untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pemasaran digital, teknologi dan data.

“Objektif persidangan ini adalah untuk mengumpulkan individu terbaik daripada semua subset digital ekonomi dalam usaha untuk meneroka dan mengembangkan lagi kemahiran mereka untuk memacu e-ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik,” kata Eileen Ooi, Presiden MDA.

“Bukan itu sahaja d Conference boleh dituntut dari HRD Corp, menjadikannya satu peluang terbaik untuk para pemain industri membina rangkaian, bertukar idea dan saling belajar antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan turut bersama memeriahkan upacara perasmian d Conference pada 22 Jun dan memberikan ucapan pembukaan, diikuti ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ts. Mahadhir Aziz.

d Conference menampilkan barisan kukuh yang terdiri daripada 20 orang penceramah dalam lebih 18 sesi. Ketua Asia Tenggara BytePlus, Kenny Tan adalah antara penceramah yang akan berkongsi pandangan mengenai Next-Level Customer Engagement Beyond the Screen sementara Ketua Annalect OMG Malaysia, Daler Kendzhaev akan membentangkan tentang Digital Outlook untuk tahun 2023 dan 2024.

Antara topik menarik lain di d Conference termasuklah —

1. Driving Growth Through Digital Knowledge

Dibentangkan oleh Pemangku Ketua Operasi TalentCorp Group’s Mynext Operations, Dr Madhavan Balan Nair, serta Managing and Activating Customer Data in an Omnichannel World, yang akan diterangkan oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Antsomi, Serm Teck Choon.

2. Cookieless World – Are Publishers Stepping Up with Their Identity Strategy

Menampilkan Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Kandungan dan Strategi) Media Chinese International Limited, Tan Lee Chin, Ketua Pegawai Strategi & Perancangan Astro Media Solutions, Kristine Ong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim. Sesi ini akan dikendalikan oleh Serm.

3. Digital Ecosystem – Long-Term Brand Value

Pengarah Pembangunan Perniagaan MGID, Norshiha Tahir selaku moderator dan barisan panel terdiri daripada Ketua Agensi mSIX, Sai Phaik Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Grey Singapore & Malaysia, Irene Wong.

4. How are We Addressing Digital Advertising Fraud

Ketua Strategi Biddable Dentsu Malaysia Prabhat Taneja, Ketua Prestasi Omnicom Media Group, Winnie Pang, Pengarah Keterlibatan Xaxis Reeve Liew dan Ketua Pegawai Digital Mediabrands, Cindy Eliza Vaz akan bergabung dalam perbincangan panel itu, yang akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Jualan Astro, Tai Kam Leong.

Pada petang 23 Jun 2023, d Awards akan memberikan penghargaan kepada kempen digital terbaik dan menyaksikan kelahiran Digital Person of The Year dan Rising Star. Sebuah mahkota – Grand Prix – akan dianugerahkan kepada pemenang markah tertinggi daripada semua kategori kempen, sementara agensi atau pembekal perkhidmatan digital dengan mata terkumpul tertinggi daripada semua anugerah yang diterima bakal dinobatkan sebagai Digital Impact of the Year.

d Conference dan d Awards 2023 dijayakan oleh penaja platinum BytePlus dan penaja utama Media Prima OMNiA. Rakan strategik acara terdiri daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), 4As, Malaysian Advertisers Association (MAA), Internet Alliance Malaysia dan Persatuan Industri Komputer Dan Multimedia Malaysia (PIKOM).

Harga jualan tiket bagi d Conference adalah RM2,000 bagi setiap peserta (HRD Corp boleh dituntut), sementara meja-meja untuk pembentangan d Awards dan malam gala berharga RM3,500 bagi setiap meja yang memuatkan seramai 10 orang.

Orang ramai jangan lepaskan peluangkan keemasan ini untuk tahu sendiri masa depan industri digital negara melalui pakar-pakar yang hadir pada kedua-dua acara berkenaan.

Anda boleh mendaftar minat melalui https://d-conference.com.my/ atau https://www.d-awards.com.my/.