Kalau sebut mengenai pelaburan risiko rendah dengan pulangan yang stabil , mesti ramai yang teruja bukan?
Terbaharu, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) baru sahaja mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) kepada pelabur Bumiputera di seluruh Malaysia.
Buat yang belum tahu, AHB ialah salah satu instrumen pelaburan patuh Syariah yang disokong oleh aset hartanah sebenar. Jadi, ia antara pelaburan risiko rendah namun masih mampu memberi pulangan konsisten dan stabil.
Menariknya pada kalini, pelaburan tambahan yang diumumkan memfokuskan kepada warga wilayah Pantai Timur!

“Selari dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, kerjasama erat antara PHB dan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuh. Ia bukan hanya melalui pelaburan hartanah tetapi juga dalam menyampaikan mandat sosial PHB kepada masyarakat Bumiputera di Terengganu menerusi penyertaan dalam AHB.
“Kami yakin dengan kerjasama erat ini, PHB dapat melabur di dalam aset-aset berprestasi tinggi dengan pulangan pelaburan yang konsisten serta stabil dan seterusnya menyumbang secara langsung kepada pembangunan hartanah Bumiputera yang mampan,” kata Pengerusi PHB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda ketika berucap pada Majlis Perasmian Mayang Mall di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Reruai AHB Turut Dibuka Di Mayang Mall, Kuala Terengganu
Pelancaran tawaran ini dibuat sempena Majlis Perasmian Mayang Mall di Kuala Terengganu selaku mercu tanda baharu yang dirasmikan sendiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.
PHB turut buka reruai khas di Mayang Mall dari 19 hingga 28 Jun 2025 untuk bantu orang ramai daftar akaun dan tahu lebih lanjut tentang pelaburan AHB.
MyAHB Portal– Pelaburan Di Hujung Jari
Zaman sekarang, semua benda nak mudah. PHB faham perkara ni. Sebab itu mereka perkenalkan platform digital MyAHB Portal dalam membolehkan orang ramai mengurus akaun AHB terus dari telefon pintar mahupun laptop. Melalui MyAHB Portal, anda boleh:
- Buka akaun pelaburan AHB secara digital
- Semak pegangan unit
- Langgan atau tebus unit pelaburan
- Urus maklumat akaun dengan lebih selamat & pantas
* MyAHB Portal hanya untuk pelabur yang membuka akaun melalui PHB Asset Management Berhad (PHBAM) dan pelabur baharu. PHBAM adalah pengurus dana AHB dan merupakan anak syarikat milik penuh PHB, selaku penaja AHB.
Bagi pelabur yang telah membuka akaun melalui pengedar sah AHB iaitu Maybank, AmBank, AmBank Islamik, Bank Islam dan Bank Rakyat anda boleh terus walk-in ke bank-bank ini untuk tambah pelaburan atau mengurus akaun AHB anda.
Terengganu Dah Ada 2,772 Pelabur AHB, Tapi PHB Mahu Lebih Ramai Join

Sementara itu, setakat April 2025, PHB catat 2,772 pemegang unit AHB di Terengganu dengan jumlah pelaburan RM109 juta. Menurut AHB, ini hanyalah sebuah permulaan.
“Kami nak galakkan lebih ramai Bumiputera celik kewangan dan sedar pentingnya ada akses kepada pelaburan patuh Syariah yang kukuh,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB.
Fokus Terbaru: Pendidikan & Kesihatan

Selain pelaburan hartanah, PHB juga bakal teroka sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan di Terengganu. Dua bidang ni memang sangat penting untuk masa depan negeri, dan pastinya beri impak tinggi kepada rakyat.
Langkah ini juga selari dengan komitmen terhadap Agenda Ekonomi Madani, yang tekankan kemampanan, kebolehcapian dan nilai untuk rakyat.
Peluang emas untuk anda tingkatkan pelaburan AHB
Kalau anda Bumiputera dan belum pernah membuat pelaburan di AHB, boleh terus ke Mayang Mall dari sekarang hingga 28 Jun untuk daftar dan tanya apa-apa soalan.
Sekiranya anda jenis tech-savvy, anda boleh sahaja terus ke platform MyAHB Portal dan mula melabur.
Apa tunggu lagi? Inilah peluang anda untuk mulai melabur dalam instrumen yang rendah risiko, patuh Syariah dan backed by real estate. Ketahui lebih lanjut mengenai AHB dengan klik di SINI.