Tinggal lagi kurang seminggu kita semua akan menyambut Hari Raya, banyak tempat mengadakan festival kepada orang ramai untuk membeli persiapan raya.
Selain disediakan puluhan booth untuk pengunjung singgah dan beli, ada penganjur turut mengadakan game untuk memeriahkan lagi acara festival tersebut.
Baca Juga:
- Wanita Disyaki Curi Kad ATM Ibu Saudara Untuk Beli iPhone 14 Pro Berjaya Diberkas
- Singapura Jatuhkan Hukuman Penjara Buat Rakyat Malaysia Kerana Potong Barisan
- Berjaya Jadi Fenomena, Para Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Demi Dapatkan Nasi Kandar Sulaiman
Baru-baru ini pengguna TikTok meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat seorang lelaki dibatalkan ‘kemenangannya’ selepas bermain ‘money booth‘.
@darkcepet Bila main tangkap2 duit..Lepastu dibatalkan hasil tangkapan selepas duit dipeluk tu katanya tak ditangkap. Bukan rezeki kita la jawabnya.. #absolutebazaar #absolutebazaarxgaya #mitec #inspirasiraya
Ketika duit tersebut diterbangkan dalam money booth terbabit, peserta lelaki itu berusaha sehabis baik memeluk wang kertas berkenaan.
Bagaimanapun selepas tamat tempoh permainan, penganjur membatalkan penyertaan lelaki tersebut gara-gara dia ‘memeluk’ wang kertas, bukan menangkapnya dengan tangan.
“Bila main tangkap-tangkap duit, lepas itu dibatalkan hasil tangkapan selepas duit dipeluk tu katanya tak ditangkap. Bukan rezeki kita la jawabnya,” petik caption TikTok @darkcepet.



Netizen menyatakan sepatutnya penganjur memberitahu peserta lebih awal — cara-cara untuk menangkap duit yang betul — mengikut peraturan mereka.
Bagi netizen, mereka berpendapat cara peserta lelaki itu menangkap duit tidak salah dan ia bebas mengikut kreativiti masing-masing.
Dalam satu video lain, ada seorang influencer turut bermain permainan tersebut dan berjaya menangkap sejumlah besar wang kertas palsu menggunakan tangannya.
Pun begitu netizen juga pertikai sama ada boleh atau tidak menangkap wang di lantai, bukan wang yang diterbangkan di udara.