Pernahkah anda terfikir kalau pemain bola sepak yang dilatih dari kecil beralih arah kepada ‘bola sepak’ yang satu lagi iaitu American Football.

Orang Amerika Syarikat akan cakap pemain soccer bermain football. Mereka sering menganggap American Football sebagai football yang sebenar.

Jadi adakah American Football benar benar sukar dimainkan?

Kisah Brandon Aubrey

Seorang pundit berkata: “Mana mana pemain bola sepak yang bermain di NFL mereka akan menjadi penyepak [kicker] lebih baik.”

Kenyataan itu disokong oleh data, di mana seorang pemain bola sepak bernama Brandon Aubrey, yang menukar karier daripada pemain bola sepak kepada American Football telah membuktikannya.

Brandon Aubrey adalah pemain bola sepak yang dikategorikan pemain gagal untuk seorang profesional. Dia bukan pemain yang benar benar berbakat di MLS.

Brenndan menempatkan dirinya dalam draf MLS pada 2017. Draf MLS bermaksud, dia antara pemain muda yang disenaraikan untuk ditandatangani oleh kelab profesional.

Namun dia gagal untuk pergi lebih jauh dalam arena MLS. Setelah menempuhi beberapa siri pinjaman ke kelab lain, dan kemudian dilepaskan oleh Bethlehem Steel FC pada 2018.

Aubrey nekad untuk menukar karier ke bidang American Football. Dia awalnya sudah mulai bekerja dalam bidang kejuruteraan perisian, memandangkan dia memang ada ijazah dalam bidang tersebut.

Pada suatu hari dia menonton aksi NFL, dan melihat placekicker gagal untuk melakukan jaringan padang. Lalu isterinya, Jenn Aubrey berkata: “Kalau kamu sepak pasti masuk.”

Jenn
Foto: Firstsports

Daripada jurutera perisian ke lapangan American Football dan NFL

Dia kemudian memutuskan untuk mencuba nasib dalam sukan itu. Dia berlatih dengan bekas kicker untuk Mississippi State, Brian Egan yang sudah pun menjadi jurulatih. Dia berlatih 3 kali seminggu.

Dia berjaya mendapatkan kontrak dengan Birmingham Stallions di pentas UFL. Dan di situ, dia mulai mendominasi UFL dengan sepakan jauhnya.

Ketepatan sepakannya luar biasa. Musim pertamanya dia bermain 10 perlawanan melakukan 18 daripada 22 percubaan gol padang  (81.8%) dan 22 daripada 24 percubaan mata tambahan (91.7%), yang kedua-duanya mendahului liga.

Dia juga mencatatkan 55 sepak mula yang mendahului pemain lain dalam liga dengan purata 66.5 ela. Dia mulai menganggap perkara itu seperti mainan budak budak atau child play untuk pemain bola sepak.

Pada 16 Jun, Aubrey dinamakan dalam Pasukan All-USFL.  Selepas memenangi Pusingan Akhir Bahagian, 31–17, Stallions menewaskan Philadelphia Stars dalam permainan kejuaraan USFL 2022, 33–30.

Dalam permainan itu, dia berjaya dalam dua daripada tiga percubaannya dengan jarak 42 ela dan membuat tiga daripada empat percubaan mata tambahannya.

Kemudian dia terus menguasai NFL, ini apabila dia berjaya mencatatkan rekod gol padang berturut turut paling panjang dengan 36 perlawanan berturut turut.

Aubrey turut pemain paling sempurna melakukan gol padang dari jarak lebih 50 ela pada satu musim, direkodkan pada 2023.

Brendan Aubrey
Grafik: BR

Dia turut menjadi rookie yang paling tinggi gol padang dalam semusim dengan rekod 94.7%.

Tidak cukup dengan itu, Brandon Aubrey menjadi pemain pertama yang mencetak 10 percubaan gol padang dalam 3 perlawanan – dalam era Super Bowl.

Selain itu dia juga menjadi pemain dengan rekod percubaan gol padang paling jauh pada September 2024 dengan rekod 65 ela. Hanya 1 ela di belakang rekod terbaik sepanjang zaman.

Itu menjadikan dia sebagai salah seorang penyepak atau kicker terbaik dalam MLS pada ketika ini. Dia adalah bintang dalam NFL.

Salah seorang pemerhati sukan berkata, bayangkan pemain pemain bola sepak yang berkelas dunia yang lain dilatih untuk bermain American Football? Pastinya mereka akan lebih mudah mendominasi acara itu dalam aspek sepakan seperti itu.

Anda cuba bayangkan pemain seperti Juninho atau Pirlo diminta melakukan sepakan jarak jauh itu? Atau pakej lebih lengkap,  pemain seperti Gareth Bale yang laju dan fizikal, serta memiliki sepakan yang sangat bagus.

Hal ini kerana, pemain yang kurang berjaya atau gagal seperti Aubrey menunjukkan bahawa disiplin itu bukan masalah besar sama sekali untuk mereka.