Palestin sekali lagi kehilangan seorang pemain bola sepak berbakat akibat kekejaman tentera Israel apabila Ahmad Abu al-Atta dan keluarganya terbunuh di rumah mereka oleh serangan udara Israel di Gaza.
Perkembangan itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) dalam satu kenyataan rasmi.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Abu al-Atta yang bermain di posisi pertahanan untuk pasukan Al-Ahly Gaza, meninggal dunia bersama isterinya, Ruba Esmael Abu al-Atta dan dua anak mereka selepas serangan udara di rumah mereka di Gaza City.
Media tempatan melaporkan bahawa serangan udara itu berlaku pada hari Jumaat, tetapi PFA tidak mendedahkan tarikhnya.
Ahmad Abu Al-Atta, the renowned Gazan footballer with the Al-Ahli club, has been killed along with his wife and children after Israeli occupation forces bombed their family home. Ar dheis Dé go raibh a n-anamacha.
The number of Palestinian footballers and team management killed… pic.twitter.com/Em56szfXBn
— Irish Sport for Palestine (@Sport4Palestine) June 21, 2024
Presiden Jawatankuasa Olimpik Palestin Jibril Rajoub mengesahkan lebih 300 atlet, pengadil dan pegawai sukan terbunuh dengan semua kemudahan sukan di Gaza dirobohkan.
Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober dan 6 Disember tahun lalu.
Menurut PFA, mangsa yang maut terdiri daripada 55 pemain bola sepak dan 30 atlet dalam pelbagai sukan lain.
Turut terbunuh ialah pemain bola sepak, Mohammed Barakat, yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Younis pada Mac, dan Penolong Pengadil Antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Mohammed Khattab bersama isteri dan empat anaknya dalam serangan Israel di kejiranan Gaza di Deir Al Balah pada Februari.
Pengadil antarabangsa, Hani Mesmeh juga meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Mei.