Pemain bola sepak profesional tidak akan mudah menukkar but yang mereka pakai –  walaupun jenama dan model yang sama.

Ramai bintang bola sepak yang memiliki tajaan luar biasa dan bekalan but yang tidak terhad. Namun mereka sangat keberatan untuk menggantikan but lama mereka.

Ada yang hanya memakai model terbaru untuk iklan, dan kembali semula ke but lama mereka apabila beraksi.

Alasannya mudah, ianya bukan kerana kepercayaan karut atau  ritual tetapi lebih kepada keserasian.

Kisah kesetiaan dan keserasian Kroos dengan 11Pro

Pada 2024, Toni Kroos mendedahkan dia memakai but bola sepak Adidas model Adidas 11Pro keluaran 2013, dan dia sudah memakai but tersebut 11 tahun.

Menurut bekas kitman Kroos di Bayern, ketika dia di kelab sebelumnya, di Bayer, Kroos memakai Adidas Predator.

Namun  selepas Adidas mengeluarkan siri Adipure pada 2008, model Adipure 11Pro Kroos mencuba kasut tersebut dan merasakan bahawa kakinya sangat selesa dengannya.

Dari situ dia memakai but yang sama untuk bertahun tahun lamanya. Dari situ bermulalah sejarah gemilang kariernya bersama pasukan kebangsaan dan kelab.

Dia akan mencuci terus kasut tersebut setiap kali selepas perlawanan untuk menjaga kebersihan dan ketahanannya.

Menrut Kroos dia lebih suka dengan rekaan stud but tersebut berbanding dengan rekaan moden hari ini yang terlalu banyak rekaan dianggap pelik.

Bagi Kroos rekaan yang pelik pelik ini lebih kepada kosmetik, dan dia  lebih selesa dengan kasut yang ‘blade-shape’ studs yang lebih selesa  di kakinya berbanding ‘conical studs’ yang biasanya digemari pemain yang suka melakukan pecutan dan laju.

Kroos tidak perlukan kasut yang membantunya untuk laju, kerana dia bukan pemain sayap.

Dia memakai but itu sejak debut, dan bersamanya termasuk ketika Euro 2024. Di mana Adidas sudah tidak mengeluarkan lagi model terssebut.

Sehinggalah Adidas mengeluarkan but Adidas edisi terhad 11Pro pada 2023 sebaik sahaja dia mengumumkan persaraannya. Adidas hanya mengeluarkan 250 pasang sahaja untuk dijual di pasaran.

Dan kasut ini diperiksa sendiri oleh Kroos untuk diuji kualitinya. Namun kasut ini sedikit berbeza dari segi tapak dalam kasut. Ianya menggunakan teknologi Copa yang baharu.

Adidas menyatakan mereka tidak dapat menghasilkan acuan yang sama seperti yang dipakai Kroos, kerana salinan acuan itu sudah tidak wujud atau musnah.

Insiden Marc Cucurella buang kasut Puma

Marc Cucurella pernah diminta memakai but baharu ketika aksi antara Chelsea menentang Spurs. Dan dua kesilapannya membuatkan Spurs mencetak 2 gol.

Salah satu daripada kesilapan Cucurella adalah dia tergelincir dan membenarkan Dejan Kulusevski mencetak gol kedua. Marc terus bergegas ke arah kitman dan meminta but lamanya.

Mujur dia tidak lupa membawa but lamanya. Dan setelah dia menukar butnya, Cucurella menjadi nadi penting Chelsea untuk bangkit  dan menang  4-3.

Ternyata keserasian itu bukan mudah untuk dicapai dengan kasut bola. Ianya memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri dan serasi dengannya.

Selepas tamat perlawanan Cucurella memuat naik status dengan gambar kasut Puma baharunya dibuang dalam tong sampah dan dia menulis kapsyen minta maaf kepada  peminat Chelsea.

Ini Sebab Pemain Bola Sepak Setia Dengan But Lama Mereka

Sudah tentunya Puma perlu memikirkan balasan kreatif di atas post tersebut dan mereka membalas: “Ianya bukan tentang bagaimana kamu tergelincir, ianya tentang bagaimana kamu bangkit semula.”

Ini Sebab Pemain Bola Sepak Setia Dengan But Lama Mereka