Sir Alex Ferguson telah mengecapi pelbagai kejuaraan dan kenangan manis sepanjang membimbing Manchester United dari November 1986 hingga Mei 2013.

Sebanyak 13 gelaran English Premier League (EPL) berjaya dimenangi The Red Devils sepanjang tempoh selama 26 tahun itu.

Baca Juga:

Sehubungan dengan perjalanan panjang dalam membimbing Manchester United menjadi pasukan disegani, pastinya begitu ramai pemain yang pernah dihadapi Alex Ferguson dan pasukannya.

Walaupun pada ketika itu perseteruan antara Manchester United dan Arsenal lebih menarik untuk disaksikan, tetapi Alex Ferguson tidak melihat pemain dari The Gunners menjadi individu ‘dibenci’ olehnya.

Alex Ferguson
Kredit Foto: Facebook Gianfranco Zola

Bukan Martin Keown, Patrick Viera atau Thierry Henry, sebaliknya beliau lebih memilih pemain lincah berjersi nombor 25 dari Chelsea iaitu Gianfranco Zola.

Siapa Pemain Yang Menjengkelkan Alex Ferguson?

“Dia ialah si kecil Zola, dia memang sangat menjengkelkan saya,” ujar Sir Alex Ferguson menurutnya dalam satu temubual bersama Sky Sports Retro beberapa tahun lalu.

“Dia adalah salah seorang pemain yang tidak terganggu dengan siapa sahaja lawan yang dihadapinya dalam perlawanan.”

Alex Ferguson
Kredit Foto: Facebook Gianfranco Zola

“Dia sentiasa kelihatan tersenyum dan itu membuatkan saya terganggu. Saya berkata, ‘Macam mana dia boleh kelihatan seronok sangat bermain menentang United? Tiada siapa lagi yang buat begitu.'”

“Dia memang luar biasa. Penuh bakat. Keseimbangan yang indah. Berani. Saya ingat kami bermain menentang Chelsea dalam Piala FA ketika kami memenangi ‘treble’.”

“Kami bertemu mereka dalam pusingan awal dan kami seri 0-0 di Old Trafford dan saya meminta supaya pemain merantai pergerakannya. Itulah betapa saya menghormatinya.”

Alex Ferguson
Kredit Foto: Facebook Gianfranco Zola

“Tapi dia memang pemain yang hebat. Saya suka menonton aksinya. Ia menyeronokkan. Itulah perkara yang saya mahu katakan, jika saya boleh berkata begitu tentang seorang lawan.”

“Ia menunjukkan betapa saya mengagumi pemain tersebut,” ujar Alex Ferguson lagi.