Salah seorang pemain Morocco digugurkan dari skuad kebangsaan selepas secara terbuka menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestine.

Pemain yang dimaksudkan ialah Hakim Ziyech dimana beliau digugurkan daripada skuad kebangsaan bagi perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Baca Juga:

Menurut ketua jurulatih Morocco iaitu Walid Regragui, Ziyech digugurkan kerana mengalami kecederaan namun ramai yang berpendapat pemain itu disingkirkan kerana menyuarakan sokongan terhadap Palestine.

Menurut laman media sosial Instagram miliknya, Ziyech menuduh negaranya memberi sokongan kepada regim zionis dimana mereka meneruskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Morocco

Menerusi satu video, pemain berusia 31 tahun itu menulis “Mari kita jelaskan satu perkara. Pergi jahanam Israel dan setiap negara lain yang menyokong kelakuan seperti ini. Bebaskan Palestine,” katanya.

Tindakan beliau mendapat reaksi yang pelbagai dari peminat dan juga masyarakat bola sepak di dunia dimana ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.

“Sebagai seorang pemain yang membawa pasukan kebangsaan Maghribi di belakangnya selama bertahun-tahun, dan yang sentiasa berpegang teguh pada persoalan prinsip. Syabas Hakim,” tulis wartawan sukan Layla Hamed di laman X.

Ekoran konflik antara Israel dan Hamas, pasukan bola sepak negara itu tidak dapat beraksi di tanah air sendiri bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

Persatuan Bola Sepak Palestine (PFA) memberi penjelasan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai venue untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jordan pada September lalu.

“Berdasarkan realiti ini, kami telah memutuskan untuk bermain perlawanan pertama kami menentang Jordan pada 10 September di Malaysia. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada negara yang menawarkan untuk menganjurkan perlawanan di tempat sendiri, termasuk Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Algeria, Malaysia, Indonesia dan Qatar.

“Malaysia dipilih kerana kedudukan geografinya yang hampir dengan perlawanan pertama kami menentang Korea, bersama-sama dengan hubungan persaudaraan kami yang mendalam dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia secara konsisten untuk perjuangan Palestine.

“Tambahan pula, Malaysia tidak bersaing untuk merebut tempat di Piala Dunia pada peringkat ini, memastikan keadilan dan rasa hormat terhadap pasukan lain dalam kumpulan kami, PFA memilih venue alternatif.

“Di PFA, kami komited untuk mempamerkan semangat rakyat kami melalui bola sepak, dan dengan sokongan komuniti sukan global, kami menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia dengan penghormatan dan keazaman,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.