Pemain Palestin, Muhannad Al Laili maut kerana terkena serangan udara Tel Aviv.
Menurut Maktoob Media, pemain Palestin tersebut bermain untuk Nadi Khadamat al-Maghazhi FC, telah mengalami pelbagai kecederaan ketika askar IDF mengebom kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Maghazi, di tengah Gaza.
Wartawan Leyla Hamid melaporkan bahawa, Al Laili menjadi individu yang ke-149 maut kerana serangan Tel Aviv.
Rakan sepasukannya, Mohammad Al Sharif menulis: “Setiap hari kita ucapkan selamat tinggal kepada atlet kita. Mungkin kita menjadi sasaran seterusnya.
“Rakan sepasukan kami, Muhannad Al Laili, pemain untuk Al Maghazi, mengalami beberapa kecederaan selepas serangan udara Isr*el di kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Al Maghazi di Gaza.”
Every day we bid farewell to a new athlete.💔.
We could be the next target.
Our colleague, Muhannad Al-Laili, a player for the Al-Maghazi Services Club, succumbed to his wounds after an Israeli airstrike on his family's home in the Al-Maghazi refugee camp in Gaza. pic.twitter.com/pprsObIgQW
— mohammad al sharif 🇵🇸 (@mohamd684083) July 3, 2025
Berita tersebut benar benar membuatkan ramai rakyat Palestin dan peminat bola sepak sedih dan marah.
Ramai terus mendesak UEFA atau FIFA melakukan tekanan ke atas Is**el sebagaimana mereka lakukan ke atas Rusia sebelum ini.
Sebelum ini FIFA juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menyekat Iran daripada menyertai Piala Dunia 2026 setelah ketegangan berlaku antara Iran dan salah sebuah negara penganjur iaitu Amerika Syarikat.
Segalanya bermula apabila Washington membantu Tel Aviv dalam seerangan ke atas Tehran.
FIFA Akan Tentukan Status Iran Di Piala Dunia 2026, Mekanisme Undian Di Qatar Bakal Digunakan?