Pemain Perancis mahu salah seorang lagenda pasukan itu, Zinedine Zidane untuk menjadi pengurus selepas bengang dengan pengendali ketika ini iaitu Didier Deschamps.

Deschamps telah mengendalikan Perancis selama 12 tahun dan membantu pasukan itu memenangi Pial Dunia 2018. Akan tetapi, pemain sudah merasa bosan dan bengang dengan sikap beliau dan mahu perubahan dilakukan dengan segera.

Baca Juga:

Zidane tidak terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini dan menjadikannya calon sesuai untuk dilantik oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis.

Namun begitu, badan induk bola sepak itu menyokong Deschamps selepas EURO 2024 dan merancang untuk beliau memimpin Perancis ke temasya Piala Dunia edisi 2026 kejohanan yang akan diadakan di Amerika Utara.

Pemain tidak menyukai keputusan Deschamps untuk menjadikan Kylian Mbappe sebagai kapten baharu, menyebabkan Antoine Griezmann bersara dari aksi bola sepak antarabangsa.

Dalam sisi lain, Mbappe pula enggan beraksi bersama skuad kebangsaan yang mana beliau merasakan prestasinya merosot apabila beraksi bersama skuad kebangsaan kerana Deschamps.

Zinedine Zidane pernah memenangi dua kejuaraan utama ketika beraksi bersama Perancis iaitu Piala Dunia 1998 dan UEFA Euro 2000 selain pernah menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

Di peringkat kelab, Zidane menyinar bersama Real Madrid dimana pengendali itu pernah membimbing Madrid memenangi La Liga, Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

Ketika di Madrid, pengurus berusia 52 tahun itu pernah mengendalikan nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Sergi Ramos dan Gareth Bale sekaligus menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menguruskan Perancis.