Pemain skuad ragbi wanita kebangsaan England, Ella Maria Wyrwas jelas sudah jatuh cinta dengan Malaysia terutamanya Pulau Pinang.

Dalam satu perkongsian di laman Tiktok peribadi miliknya, Ella menyifatkan Pulau Pinang sebagaiΒ  ‘syurga makanan dunia’ selepas mencuba sendiri pelbagai juadah tempatan yang menurutnya sukar ditandingi, baik dari segi rasa mahupun kepelbagaian.

Baca Juga:

Menurut Ella yang beraksi di posisi ‘scrum-half’, beliau bersama seorang rakannya datang ke Pulau Mutiara tersebut adalah untuk mencuba ‘Kari Penang’.

Dalam video tersebut juga memperlihatkan Ella mencuba beberapa jenis kuih-muih serta mi wantan dan dimsum.

“Di sini merupakan syurga makanan dunia,” ujar Ella kelihatan teruja melihat banyak gerai di tepi jalan.

@ellawyrwas

Penang food tour hold tightttt #penang #malaysia #foodtok

♬ original sound – 𝙇𝙭π™ͺπ™žπ™¨π™¨π™€π™ͺ𝙣𝙙𝙯 🫢🏻

Perkongsian Ella itu mendapat perhatian ramai pengguna TikTok, khususnya rakyat Malaysia yang rata-ratanya teruja dan bangga melihat makanan tempatan dihargai oleh pelancong luar.

Tidak kurang juga yang mencadangkan menu lain yang patut dicuba oleh pemain ragbi kelab Saracens Women tersebut termasuklah nasi kandar, laksa Penang dan cendol.

Bagi sesetengah netizen, keterujaan Ella terhadap makanan di Pulau Pinang menjadi satu bentuk penghargaan yang menyenangkan.

Lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang atlet profesional dari negara Barat.